CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Berdosa Buka Aib Isteri, Orang Tak Dikenali” - Ustaz Don

30-4-2024 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6927| Komen: 9



Umum mengetahui, sejak kebelakangan ini hangat mengenai trend mendedahkan aib pasangan dan orang lain di media sosial.

Memetik Kosmo, Ustaz Don Daniyal yang mengulas perkara itu secara umum tanpa menyebut nama mana-mana pihak berkata salah disisi agama membuka aib pasangan serta orang tidak dikenali.

Ustaz don turut menerangkan tentang larangan menyebarkan aib menerusi sebuah cerita tentang pasangan suami isteri.

“Berdosa dan salah di sisi agama Islam buka aib isteri dan orang tidak dikenali. Bagi menjelaskan tentang aib, saya jawab dengan satu kisah. Ada seorang suami, hadir ke mahkamah untuk menyebut lafaz cerai terhadap isterinya. 

“Sebelum menceraikan isteri, ada orang bertanya apa yang telah dilakukan isterinya sehingga menyebabkan mereka bercerai? Tapi suami ini kata, maaf, saya tidak boleh jawab soalan yang ditanya kerana menceritakan aib isteri dimarah Allah.


“Selepas dia lafazkan cerai, sekali lagi dia ditanya soalan yang sama kerana wanita itu bukan lagi isterinya. Tapi lelaki itu jawab, maafkan saya menceritakan buruk orang lain kepada orang lain adalah salah dalam Islam,” katanya.

Bagaimanapun, Ustaz Don tidak menafikan kebaikan media sosial jika digunakan dengan berhemah namun mereka perlu bersedia untuk menerima pelbagai respon daripada orang ramai.

SUMBER: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 30-4-2024 02:18 PM
zaman sekarang sikit2 update luahan kat socmed.ko tak boleh cakap sendiri kat pasangan?
Quote cantthinkofany 30-4-2024 02:24 PM
bukan aib isteri je...aib sesiapa pun kita tak boleh nak bukak...sedangkan Allah tolong tutup aib kita...siapa kita nak memandai bukak aib orang?
Quote mojarean_X 30-4-2024 02:24 PM
Ko pikir retis2 terhina bother ke?
Quote pokokmeranti 30-4-2024 02:34 PM
cantthinkofany replied at 30-4-2024 02:24 PM
bukan aib isteri je...aib sesiapa pun kita tak boleh nak bukak...sedangkan Allah tolong tutup aib ki ...

TITM kata xpe buka aib org sbb nak bagi PAS menang.
Quote cantthinkofany 30-4-2024 02:42 PM
pokokmeranti replied at 30-4-2024 02:34 PM
TITM kata xpe buka aib org sbb nak bagi PAS menang.

sebenarnya adalah lebih susah utk menutup aib seseorang daripada kita mengelakkan diri kita daripada melakukan aib....the temptation to spill the beans supaya kita dikenali ramai...supaya jadi kita jadi femes....supaya kita visible adalah nafsu serakah yg amat susah untuk kita bendung....

tak kisah la...the beans tu benda baik atau benda buruk....once kita yg menjadi source of the story....tak semena-mena kita jadi terkenal seantero dunia....especially if the beans adalah mengenai orang yg terkenal.....
Quote dua_chzy 30-4-2024 02:52 PM
Macam hasanah ja kesah takleh bukak aib di mahkamah.
Quote vanillaninja 30-4-2024 03:54 PM
Ni ulasan atas issue apa ye?
Quote Kangkung1M 30-4-2024 08:04 PM
Edited by Kangkung1M at 30-4-2024 08:31 AM
vanillaninja replied at 30-4-2024 03:54 AM
Ni ulasan atas issue apa ye?

Entah, isu bawah ni kot.

[TikTok]7354038714101796097[/TikTok].
Disebabkan perbuatan Don ni, sekarang orang awam dah makin keliru
Quote ninja boy 1-5-2024 09:18 AM
Org yg menganiaya org lain byk kali spt penagih dadah merompak hari2 x kan korang reda dan diam2

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036933 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top