KUALA LUMPUR: Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, Ming Youn berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu sekaligus melayakkan beliau menerima anugerah Beret Hijau. Selain itu, beliau juga turut dianugerahkan pisau komando bermakna secara rasmi bergelar warga Gerup Gerak Khas (GGK). Ming Youn merupakan pegawai daripada Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) dan pernah berkhidmat di dalam 515 Askar Wataniah sebelum menyertai Kursus Asas Komando GGK pada tahun ini.
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Min Youn menjelaskan bahawa beliau mahu menjadi seorang pegawai tentera disebabkan minat. "Sebenarnya saya adalah anggota 515 Askar Wataniah, saya tidak ada pengetahuan pun tentang komando ini. "Mula saya berkhidmat dalam 515 askar wataniah dan disitulah saya pijak dalam dunia ketenteraan ini. Saya mendapat ilmu, pengalaman dan pengetahuan tentang dunia ketenteraan. "Lepas itu saya diperkenalkan dengan Komando dan saya nak cabar diri saya untuk masuk Komando dan tunjukkan diri saya bahawa walaupun asal saya anggota Wataniah tapi saya pun boleh menjadi seorang Komando," katanya dalam video yang tular di media sosial, pada Isnin. Mengulas lanjut, Ming Youn berkata, matlamatnya adalah untuk terus berkhidmat dalam Komando dan terus menambah pengetahuan dalam dunia ketenteraan. "Saya nak ambil kursus-kursus kepakaran dan lepas itu saya berharap boleh terus berkhidmat untuk menjadi seorang Komando yang berkualiti dan sentiasa menjaga nama baik Komando sehingga akhir hayat saya," ujarnya. Bersama Chan, seramai 69 penuntut telah dianugerahkan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang pada 28 April. Menurut Berita Tentera Darat Malaysia, perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando ini melibatkan sembilan orang pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Upacara penganugerahan beret hijau dan pisau komando telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah. Sumber : Astro Awani/BTDM/SuaraTV |
anony-mous replied at 30-4-2024 12:55 AM
Finally setelah berpuluh tahun merdeka
otai_g replied at 29-4-2024 10:22 PM
Btw keje hakiki dia askar wataniah ke atau mcm mn?
copy_paste replied at 29-4-2024 11:15 PM
jarang la cina semenanjung join askar, selalunya belah pantai timur dan sabah sarawak je
dua_chzy replied at 30-4-2024 07:17 AM
Sumore dia dari KL.
Kalau belah Utara tu aku masih tak heran sangat.
Tinot7 replied at 29-4-2024 10:08 PM
Tahniah!
Baper tinggi dia?
ADVERTISEMENT