CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Norjuma didakwa tendang betis, tampar pipi individu

26-4-2024 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13972| Komen: 82



Usahawan selebriti Norjuma Habib Mohamed didakwa di empat Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan iaitu mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Bagaimanapun Norjuma, 44, mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd. Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd. Halim.

Bagi tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan, Norjuma didakwa mencederakan seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram dengan menendangnya di bahagian betis kiri.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pukul 3 petang pada 29 Mac 2018 di sebuah pusat tuisyen di Brickfields di sini.

Selain itu, bekas selebriti itu juga telah didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki, Mohd. Afiq Ismail pada pukul 8.43 malam pada 21 Februari 2017 di sebuah premis perniagaan.


Tertuduh juga didakwa telah menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli pada pukul 10.30 pagi pada 18 Oktober 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.

Kesemua pertuduhan mendatangkan cedera itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Sesyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 arau kedua-dua sekali.

Sementara itu Norjuma turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium.

Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Mahkamah kemudian membenarkan Norjuma diikat jamin RM6,500 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.

Beliau juga diperintahkan agar tidak menganggu atau menghubungi mangsa.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan dan Vivian Yeap Jie Xi manakala Norjuma diwakili peguam Izzat Amir.

Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 25-4-2024 10:32 PM
Mental ka dia ni
Quote DeLuna85 25-4-2024 10:32 PM
Muka mcm ina naim
Quote jalfa 25-4-2024 10:50 PM
Napa hakim tak perintah antar tanjung rambutan cek.mental sheols
Quote abadi84 25-4-2024 11:04 PM
Wah akhirnya berjaya juga heret ke mahkamah
Quote Kiahlemau 25-4-2024 11:08 PM
Takde la kebal seperti yg di dakwa....org gila mcm ni jangan dibiar berkeliaran dalam masyarakat
Quote Fazzbulous 25-4-2024 11:25 PM
dia ni ada anger issue ni...huhuhuhu..
Quote cm_vungtau 25-4-2024 11:27 PM
Bukan gila kot, tapi panas baran melampau
Quote krustykrab 25-4-2024 11:47 PM
DeLuna85 replied at 25-4-2024 10:32 PM
Muka mcm ina naim

Betul lah..
Sejibik
Quote HappyGumbira 25-4-2024 11:50 PM
Finally. Dia rasa dia sape boleh buat org sesuka hati.
Quote syamzana 26-4-2024 12:02 AM
suka menggunakan kekerasan dia ni...no wonder la bekas laki tak bg jumpa anak (tp keji ya peel sebegini). tak pasal2 main baling2 batu depan gate umah
agaknya nak mrh sikit terus hempuk org
hrp muka je comel peel yarabbi
Quote DeLuna85 26-4-2024 12:22 AM
krustykrab replied at 25-4-2024 11:47 PM
Betul lah..
Sejibik

Ina naim tinggal pakai contact lens je
Quote sharlenetexas 26-4-2024 01:00 AM
Bekas selebriti.


Quote amarakasih 26-4-2024 01:21 AM
Sampai mengaku isteri orang seberang
Quote aemon 26-4-2024 01:31 AM
jalfa replied at 25-4-2024 10:50 PM
Napa hakim tak perintah antar tanjung rambutan cek.mental sheols

Jap gi hakim pn dia ludah
Quote LautBiru52 26-4-2024 01:32 AM
Samseng sungguh hang noh
Quote kikiharris 26-4-2024 01:50 AM
Dia ni kalau kena pukul pun aku malas nak kesian.. buku bertemu dgn ruas gitu. Tak abes2 perangai mengaruk pastu assault sana sini.
Kalau dah ada mental illness tu mkn ler ubat sis.
Quote merah_arjuna 26-4-2024 02:56 AM
Xsangka dia ni mcm ni..
Quote alesandra 26-4-2024 05:26 AM
Dia ni dulu masa beranak bukan ke penah ada postpartum depression? jadi itu mungkin x baik2 lagi.boleh ke?
Quote dua_chzy 26-4-2024 05:29 AM
Begitulah kalau hada DNA keling kan.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.308152 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top