View: 13409|Reply: 82
|
Norjuma didakwa tendang betis, tampar pipi individu
[Copy link]
|
|
Usahawan selebriti Norjuma Habib Mohamed didakwa di empat Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan iaitu mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.
Bagaimanapun Norjuma, 44, mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd. Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd. Halim.
Bagi tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan, Norjuma didakwa mencederakan seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram dengan menendangnya di bahagian betis kiri.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pukul 3 petang pada 29 Mac 2018 di sebuah pusat tuisyen di Brickfields di sini.
Selain itu, bekas selebriti itu juga telah didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki, Mohd. Afiq Ismail pada pukul 8.43 malam pada 21 Februari 2017 di sebuah premis perniagaan.
Tertuduh juga didakwa telah menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli pada pukul 10.30 pagi pada 18 Oktober 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
Kesemua pertuduhan mendatangkan cedera itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Sesyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 arau kedua-dua sekali.
Sementara itu Norjuma turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium.
Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Mahkamah kemudian membenarkan Norjuma diikat jamin RM6,500 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.
Beliau juga diperintahkan agar tidak menganggu atau menghubungi mangsa.
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan dan Vivian Yeap Jie Xi manakala Norjuma diwakili peguam Izzat Amir.
Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Napa hakim tak perintah antar tanjung rambutan cek.mental sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Wah akhirnya berjaya juga heret ke mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Takde la kebal seperti yg di dakwa....org gila mcm ni jangan dibiar berkeliaran dalam masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ada anger issue ni...huhuhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan gila kot, tapi panas baran melampau |
|
|
|
|
|
|
|
DeLuna85 replied at 25-4-2024 10:32 PM
Muka mcm ina naim
Betul lah..
Sejibik |
|
|
|
|
|
|
|
Finally. Dia rasa dia sape boleh buat org sesuka hati. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 25-4-2024 11:47 PM
Betul lah..
Sejibik
Ina naim tinggal pakai contact lens je |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai mengaku isteri orang seberang |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 25-4-2024 10:50 PM
Napa hakim tak perintah antar tanjung rambutan cek.mental sheols
Jap gi hakim pn dia ludah |
|
|
|
|
|
|
|
Samseng sungguh hang noh |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau kena pukul pun aku malas nak kesian.. buku bertemu dgn ruas gitu. Tak abes2 perangai mengaruk pastu assault sana sini.
Kalau dah ada mental illness tu mkn ler ubat sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni dulu masa beranak bukan ke penah ada postpartum depression? jadi itu mungkin x baik2 lagi.boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah kalau hada DNA keling kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|