JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis perkahwinannya, lapor portal berita Tribunnews semalam. Kejadian berlaku di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara. Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, pengantin berkenaan dilihat sedang bersiap di dalam bilik bersama seorang jurusolek. Tidak lama kemudian, dia menjerit serta menangis sambil tertawa seperti orang tidak waras. Melihat keadaan itu, ahli keluarga pengantin tersebut cuba untuk menenangkannya, namun gagal. Menurut maklumat jurusolek, dia dirasuk makhluk halus, namun tiada penjelasan lanjut daripada keluarga pengantin mengenai dakwaan itu. Wanita tersebut akhirnya kembali sedarkan diri selepas beberapa prosedur ‘rawatan’ dijalankan. – AGENSI |
eyansss replied at 26-4-2024 11:37 AM
apsal makin banyak cerita sampah masuk isu semasa ni... kan ada benang kongsi tular viral kejadah t ...
eyansss replied at 26-4-2024 11:37 AM
apsal makin banyak cerita sampah masuk isu semasa ni... kan ada benang kongsi tular viral kejadah t ...
ADVERTISEMENT