RIYADH – Seorang warga emas lelaki yang memberikan minuman panas dan makanan percuma kepada pengunjung di kota Madinah termasuk Masjid Nabawi selama hampir empat dekad telah meninggal dunia, lapor portal berita Gulf News kelmarin. Sheikh Abu Al Sebaa yang dilahirkan di bandar Hama, Syria meninggal dunia ketika berumur 96 tahun, manakala punca kematiannya tidak didedahkan. Rutin hariannya melibatkan penyediaan kopi, teh, susu dan roti dalam kuantiti yang banyak. Minuman dan makanan itu kemudian diagihkan dari kiosknya berhampiran Masjid Quba. Dia juga akan membawa sejumlah besar kurma dan halia. Dalam banyak wawancara, Sheikh Abu berkata, dia memberikan makanan dan minuman itu ikhlas kerana Allah dan tidak menerima pampasan kewangan daripada mana-mana pihak. – AGENSI |
None68 replied at 20-4-2024 04:52 AM
Aku pun teringinlah nak kaya mcm gini boleh bantu byk orang sambil buat pekerjaan yg aku suka, memas ...
None68 replied at 20-4-2024 12:52 PM
Aku pun teringinlah nak kaya mcm gini boleh bantu byk orang sambil buat pekerjaan yg aku suka, memas ...
makita replied at 21-4-2024 07:44 AM
Meh meols cadangkan kalau chuols suka memasak mcm2 leh buat. Cer check masjid kat umah chuols..har ...
dua_chzy replied at 21-4-2024 03:45 PM
Bagus idea ni. Aiols approve.
dua_chzy replied at 21-4-2024 03:45 PM
Bagus idea ni. Aiols approve.
ADVERTISEMENT