CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gua Musang, Pasir Mas cecah suhu 37 darjah Celsius

19-4-2024 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12975| Komen: 1

Description: PETALING JAYA – Empat daerah di Pantai Timur termasuk Gua Musang dan Besut dijangka menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius selama tiga hari sehingga Ahad ini.

PETALING JAYA – Empat daerah di Pantai Timur termasuk Gua Musang dan Besut dijangka menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius selama tiga hari sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius turut melanda Tuaran Sabah.

“Daerah Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan serta Besut, Terengganu serta Tuaran, Sabah sahaja dikesan mengalami cuaca panas pada tahap satu itu.

“Suhu maksimum harian diantara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut,” ujar MetMalaysia.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk selama tiga hari berturut-turut melibatkan semua negeri Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk yang terdiri daripada hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka berlaku terutamanya pada sebelah petang sehingga ke awal malam. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 20-4-2024 09:40 AM
mandi lanjei ke idok>

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.093269 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top