CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia berjaga-jaga Gunung Ruang meletus lagi

19-4-2024 09:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13727| Komen: 8

Description: JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi lebih banyak letusan dari sebuah pulau gunung berapi terpencil yang memaksa beribu-ribu penduduk berpindah pada ...

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi  lebih banyak letusan dari sebuah pulau gunung berapi terpencil yang memaksa beribu-ribu penduduk berpindah pada minggu ini.

Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus hampir enam kali dalam tempoh 24 jam bermula lewat Selasa  lepas dengan memuntahkan lahar serta menghamburkan abu dan petir vulkanik.

Beberapa pegawai berkata, Gunung Ruang mulai  tenang hari ini tetapi pihak berkuasa mengekalkan amaran tahap 4 iaitu peringkat tertinggi sistem amaran bencana yang menunjukkan gunung berapi itu masih aktif.

Pihak berkuasa meminta pelancong dan penduduk untuk berada di luar radius 6 kilometer dari kawah gunung berapi itu.

“Aktiviti vulkanik Gunung Ruang masih tinggi dan letusan boleh berlaku. Ia akan menyaksikan batuan dihamburkan ke semua arah diikuti oleh awan panas dan aliran lahar,” kata ketua agensi vulkanik Indonesia, Muhammad Wafid dalam satu kenyataan.


Sementara itu, beratus-ratus penduduk di pulau berhampiran, Tagulandang dilihat membersihkan abu gunung berapi dari jeti dan halaman rumah mereka pagi tadi dengan dibantu anggota polis dan tentera.

Sebilangan mereka menceritakan perasaan panik ketika letusan bermula.

“Saya berpindah. Terdapat sebuah rumah dan saya berpindah ke sana. Kemudian hujan turun dan batu juga. Saya meminta belas kasihan Tuhan supaya menyelamatkan saya,” kata wanita berumur 59 tahun,  Ninice Hoata. – AFP 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 19-4-2024 09:20 PM
Yang menangkap Gambo Ni pung..takde ke port yang elok sikit .
Nampak bontot terselit plak
Quote kakikuDibibirmu 19-4-2024 09:29 PM


[fbvlink]https://www.facebook.com/amin.96/videos/127299493948303[/fbvlink]

[youtube]nZfu4uO8DNI[/youtube]

Backup:

[youtube]hyXhgftLSjg[/youtube]

Original spicy:

[youtube]de5vZu21Oc8[/youtube]
Quote kotakbaju 19-4-2024 10:42 PM
shernazz replied at 19-4-2024 09:20 PM
Yang menangkap Gambo Ni pung..takde ke port yang elok sikit .
Nampak bontot terselit plak

Haha nampak je uols kan. Iols lebih perati gunung berapi tu. Sebab nampak cantik view
Quote nusaraya 19-4-2024 11:02 PM
Woow.. Tampaknya amarah angkara murka sebagai bentuk hukuman Tuhan masih berlanjut ..... Hehehehe
Quote manopBKK 20-4-2024 08:31 AM
@nusaraya setakat tengok je ke?
Quote shernazz 20-4-2024 05:21 PM
kotakbaju replied at 19-4-2024 10:42 PM
Haha  nampak je uols kan. Iols lebih perati gunung berapi tu. Sebab nampak cantik view

Iols tengok Gunung tu.
Tapi terganggu dek anasir2 liar

Hahahahaha
Quote antikorok 20-4-2024 05:37 PM
Mesti ler, puak2 Nusakoyak kan buat ajaran sendirik sambot raya awal hari tu khennn. Kawen campor pon siap tak tukor agama. Agaknya inilah kemurkaan Tuhan akibat perbuatan mengarot puak2 dia tu

Ujong2 meratib salahkan rakyat tanah ayer ni ke hulu ke hilir dalam porum ni!!
Quote Belibis 20-4-2024 11:40 PM
shernazz: Yang menangkap Gambo Ni pung.. ...

Aku tak sampai hati nak komen..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042710 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top