CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Penat Hadap Jem Tak Habis Lagi, Rumah Pula Banjir’

17-4-2024 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7230| Komen: 17



PETALING JAYA – Baru sahaja ingin menarik nafas lega setelah penat berdepan dengan kesesakan jalan raya, beberapa individu diuji lagi dengan bencana banjir kilat sehingga memusnahkan harta benda peribadi.

Menerusi video yang dimuat naik @itsonlyraimi di akaun TikTok malam tadi, dia memaparkan peralatan dan perkakas rumahnya yang terletak di Paya Jaras, Sungai Buloh dipenuhi dengan banjir lumpur.

Bukan itu sahaja, peralatan elektrik seperti peti ais habis terbalik akibat arus deras yang memasuki ke dalam rumah ketika hujan lebat semalam.

“Dugaan lepas raya. Penat hadap jalan ‘jem’ tak habis lagi, hari ni rumah pulak masuk air. Kali ketiga banjir paling teruk,” tulisnya di dalam video.

Sementara itu, menerusi video pengguna lain dikenali sebagai @norusmilanordin di akaun TikTok, dia juga menyifatkan banjir kali ini adalah dugaan bertimpa-timpa selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.


Menurut wanita itu, rumahnya yang terletak di Kampung Melayu Subang dinaiki air sehingga paras lutut akibat hujan lebat petang semalam.

“Raya banjir.. rumah orang lagi teruk kena. Bertabahlah, moga dipermudahkan urusan kita,” katanya ringkas di ruangan kapsyen.

Selain itu, beberapa pengguna lain di kawasan sekitar sama turut memuat naik video keadaan rumah dan kenderaan yang tidak dapat diselamatkan selepas paras air naik secara mendadak akibat cuaca buruk.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga-keluarga yang berdepan dengan dugaan banjir ketika kemeriahan menyambut bulan Syawal.

“Ujian kita berbeza-beza. Semoga Allah beri kesabaran atas ujian daripadaNya,” komen Koli.

“Ramai yang baru membeli peralatan rumah untuk menyambut raya, tapi rosak sekelip mata. Sedih tak terkata,” komen Khudziah pula.


Semalam, hujan lebat diramal di 10 negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga mengakibatkan banjir kilat di satu dua kawasan.

Pagi ini juga trafik dilaporkan sesak sekitar Lembah Klang akibat hujan berterusan yang menyebabkan beberapa laluan utama terhalang akibat paras air yang naik. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-4-2024 02:57 PM
Kesian keh.
Takziah.
Xleh imagine kalo tkena kt diri sendri.
Quote ibu_haritz 17-4-2024 03:02 PM
Selama 17 thn tggl kt Sg Buloh, 1st time tgk KV Sg Buloh banjir..
abis kereta2 kt dlm sek tu kena air banjir..
Quote apech 17-4-2024 03:08 PM
Kurma sebab buang sampah merata2 masa balik raya itu hari.
Quote Skuau 17-4-2024 03:29 PM
"tu la pasai..asyik ratip negeri orng tadak ayaq...sekali DILIMPAHKAN AIR di negeri kalian...menggelupor pulok"-mek
Quote Triple_8 17-4-2024 03:38 PM
Sekurang-kurangnya ada air untuk basuh rumah. Kalau jadi macam ni di Kelate sekarang, air paip tiada. Basuh rumah pakai air banjir saja.
Quote venom1 17-4-2024 04:21 PM
Pokcik di Bangi cuma dengar dentum dentam guruh je. tak sangka hujan sampai banjir.
Quote damsel_fiji 17-4-2024 04:26 PM
ya allah kesiannya..semoga dipermudahkan

bila dgr citer begini terasa bersyukurlah juga sedikit ddk rumah tinggi2..kurang2 takdelah kene banjir
Quote bebulu 17-4-2024 04:37 PM
Kesiannya. Moga dipermudahkan. Bukan senang nak mencuci kesan banjir yang berlumpur tu.
Quote Suchi 17-4-2024 05:09 PM
Edited by Suchi at 17-4-2024 05:12 PM

Penatnyaa faham sgt rasa tu tibe nk kena kemas umah akibat banjir plak, jgn nnt ada yg tanya bila nk wat open house?

Iols minggu ni pun tanak terima mana2 tetamu
Tup2 ahad ni ada plak ahli keluarga nak dtg. Nak bermalam lak tu.
Emm mana isnin kita selalu kelam kabut siapkan anak2 sekolah pastu nak kena melayan tetamu lagi yg masih ada kat umah.
Iols takda mood tp tulaa mana bleh menolak sbb ahli keluarga sendiri, knp la pilih nk pratikal dekat ngn umah iols udahnya mak pak takda la nk cari hotel or homestay utk bermalam ye dak.
Itu pun iols risau kang tiber2 bgtau nak duk umah iols sepanjang tempoh pratikal sbb nak jimat duit sewa umah dan mkn minum ahh maaf lerr tak dapet den nk nolong
Quote supernaturalee 17-4-2024 05:17 PM
shah aley pun sama banjir
bertabahlah kome


btw asal kerap naw keluar iklan bra kt tepi nih
yihhh

Quote kemaruk 17-4-2024 05:19 PM
banjir ke tu  
Quote noor2 17-4-2024 05:29 PM
Bila panas, panas sgt2...bila hujan, lebat sungguh2..sampai banjir...hehe
Quote felinecat 18-4-2024 06:36 AM
Paya jaras tu ramai umat indon juga buat rumah, main pacak aje, cukup haul minta tanah free. Tgok kenduri kt sana, mcm kt indon. Rumah pon xtersusun
Quote Herlina 18-4-2024 07:45 AM
felinecat replied at 18-4-2024 06:36 AM
Paya jaras tu ramai umat indon juga buat rumah, main pacak aje, cukup haul minta tanah free. Tgok ke ...

Kurma...bak kata forumner kat atas tu.

Walau tak semua tapi rata2 org tu mmg tak jaga kebersihan. Yang 'berada' beli tanah, buat umah betul tak tersusun. Pastu siap buat umah utk anak2 lagi kat sekeliling. Tak denya nak buat longkang kecik sekali pun untuk pengaliran air.

Bila banjir gini hadapla salah sendiri

Apapun semoga dipermudahkan segala urusan deme menghadapi situasi ni.
Quote bbalik 18-4-2024 07:58 AM
Suchi replied at 17-4-2024 05:09 PM
Penatnyaa faham sgt rasa tu tibe nk kena kemas umah akibat banjir plak, jgn nnt ada yg tanya bila nk ...

masih ada lg org yg suka nginap umah org nooo...
rate otel bukan mahai sgt pon zaman2 lani...
Quote ultra78 18-4-2024 08:46 AM
Area ni memang hotspot banjir. Tak boleh nak buat apa dah melainkan manusia alihkan sungai tu. Sepatutnya kawasan tu jadi area limpahan sungai dan tidak sesuai didirikan rumah. Layak jadi wildlife reserve sahaja. Kalau menyewa situ boleh la lari tapi bila beli rumah situ memang cari bala.
Quote Suchi 18-4-2024 09:53 AM
bbalik replied at 18-4-2024 07:58 AM
masih ada lg org yg suka nginap umah org nooo...
rate otel bukan mahai sgt pon zaman2 lani...


Bg sesetengah org akan pikir apa guna ada umah sedara mara kalau takleh nk bermalam.
Maybe sbb skrg tgh bulan lps raya plak takdenya nak sewa hotel kan.
Tp tuan umah pun sama2 “tgh bulan” gak idak plak org pikir yek huhu

Iols pun tak minat nk tumpang bmlm umah org kecuali tuan umah beria2 paksa suh tidur sampai majuk kecik hati ke apa.
Lagi selesa duk hotel toksah rebut toilet pepagi.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.078414 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top