CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bukan Senang Nak Kena Marah Dengan TokTi” – Video Marah Dan Jeling Kru Konsert Raih Perhatian, Ini Komen Siti Nurhaliza

16-4-2024 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12472| Komen: 51


Satu klip video memaparkan kelakuan Datuk Seri Siti Nurhaliza beberapa saat sebelum dia muncul di pentas konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Klip pendek tersebut, mendapat perhatian ramai warganet yang seperti mengusik TokTi kerana kelihatan garang dan tegas sewaktu berkomunikasi dengan kru yang bertugas di belakang pentas.

Menerusi rakaman itu, TokTi dilihat menegur tentang alat monitor telinga yang belum dipasang dan aksinya seperti menjeling ke arah kru tersebut menjadi bualan netizen.


Di media sosial, video tersebut mendapat perhatian di mana ramai yang berpendapat TokTi masih nampak lemah lembut meskipun ketika marah.


Bukan itu sahaja, rata-ratanya berpendapat TokTi bukanlah memarahi seperti menengking namun hanya bersikap tegas kerana komited dengan kerjanya.



Sementara itu, TokTi sendiri telah memberikan respon terhadap video tular tersebut dan berseloroh mengatakan itulah masanya peminat boleh tengok dirinya menjadi ‘singa’.


SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 16-4-2024 10:36 AM
itu pun nak dijadikan cerita?
Quote PrincessFrog18 16-4-2024 11:01 AM
Siti bukan malaikat ye,harap maklum
Quote gliters 16-4-2024 11:07 AM
Halah halah halah..singanya..
Quote chanthik 16-4-2024 11:09 AM
overnya lah, orang Melayu dengan taksubers kpop lebih kurang peel nya. Siti tu bukan maksum, setakat jeling menjeling ni bukannya out of the ordinary pun, lainlah sheols pukul technician tu

kalau tgk video tu, lepas je ear monitor tu hidup pintu terus terbukak, aiyo memang patutlah dijeling yach
Quote sleepandream 16-4-2024 01:17 PM
kalau masa kerja tak tegas, people will take things for granted laaa... reputasi and kualiti kerja 30 tahun khen... lainla idolat haterz2... baru naik nama 2-3 tahun dah sendu balik... apoooo
Quote red_velvet 16-4-2024 01:37 PM
Netizen malysia ni macam aku masa jadi budak2  dulu yang pandang retis ni macam dewa dewi.. tak berak, tak kencing, tak kentut, tak cirit, tak marah, tak berpeluh, tak penat, tak ngantuk, tak tido, tak makan.. 24/jam cantik n hensem je ... Ingat dulu minat ngan abam yuci sampai aku tak boleh terima kenyataan bila kawan aku gebang dia call yuci tapi noman yg qngkat.. noman kata yuci tengah berak...bukan tak boleh terima kawan membongak, tapi tak boleh terima yuci tu pun berak jugak ...hari2 terbeban aku memikir.. takkan la retis pun berak
Quote KamikuP 16-4-2024 01:58 PM
Tokti takleh marah, nanti muka Saerah yg keluor.. ekekeke
Quote alesandra 16-4-2024 02:04 PM
PrincessFrog18 replied at 16-4-2024 11:01 AM
Siti bukan malaikat ye,harap maklum


Tapi penah je dia claim jumpa malaikat....
Quote dewi_rina 16-4-2024 06:58 PM
Zaman dulu lagi dah dengar cerita cuma zaman tu takde kamera nak snap semua ni, sekian!
Quote Diamondmoney 16-4-2024 07:09 PM
red_velvet replied at 16-4-2024 01:37 PM
Netizen malysia ni macam aku masa jadi budak2  dulu yang pandang retis ni macam dewa dewi.. tak bera ...

kelakar betol. Aku terkekeh2 nk dekt maghrib ni woi
Quote bebulu 16-4-2024 08:22 PM
red_velvet replied at 16-4-2024 01:37 PM
Netizen malysia ni macam aku masa jadi budak2  dulu yang pandang retis ni macam dewa dewi.. tak bera ...

Ya Tohan.
Lawak betul you ni

Quote tidak_kelihatan 16-4-2024 10:00 PM
red_velvet replied at 16-4-2024 01:37 PM
Netizen malysia ni macam aku masa jadi budak2  dulu yang pandang retis ni macam dewa dewi.. tak bera ...


Quote annadonna 16-4-2024 10:55 PM
Siti ada tunjuk video penuh. Pintu tu terbuka betul betul waktu crew on ear monitor. Mau tak cuak. Karang jadik mcm ajl dgn bob tu. Separuh lagu suara tak keluar. Terus balik awal
Quote cruz2 17-4-2024 12:33 AM
Walaupon acik bukan peminat dct tp bila tgk klip video yg beberapa saat jer tu lgsung tk terpikir dct tgh marah. She's just being professional dlm bekerja
Quote imransulaiman 17-4-2024 05:09 AM
red_velvet: Netizen malysia ni macam aku m ...


Hahaha! Masa sekolah menengah dulu 90an, tiba-tiba out of nowhere kawan aku tanya - ko rasa Maikel Jeksen tu berak juga ke?
Quote tidak_kelihatan 17-4-2024 05:12 AM
imransulaiman replied at 17-4-2024 05:09 AM
Hahaha! Masa sekolah menengah dulu 90an, tiba-tiba out of nowhere kawan aku tanya - ko rasa Maikel ...

ini lawak
Quote sayurmayur88 17-4-2024 07:32 AM
orang tu biasa2 je pon, netz mesia ni yg terpaling...
Quote ashburn 17-4-2024 09:24 AM
pasal marah dgn xmarah ponn boleh jadi isu penting
ramai betul artis2 komen kat IG siti..
teruss berkarya Siti Nurhaliza..
Malaysian lovessss u

Quote ashburn 17-4-2024 10:35 AM
When you're at the top, there's always someone who wants to see you fail even though you've done absolutely nothing to them.

So apparently some Malaysian hates Siti Nurhaliza for no reason

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042219 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top