PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda menyeru orang ramai agar menyambut kedatangan bulan Syawal dengan penuh rasa gembira. “Beta dan isteri ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia. “Mudah-mudahan, segala amalan yang telah dibuat pada bulan Ramadan yang lalu akan mendapat keberkatan dan diterima olehNya,” titahnya. Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda bertitah agar semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama meraikan bulan Syawal dengan amalan ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim serta mengukuhkan perpaduan masyarakat. “Ambillah peluang untuk bermaaf-maafan sesama kita, terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kita sesama manusia, pasti ada yang tersinggung atau terasa hati. Semoga bulan yang mulia ini meningkatkan perasaan kasih sayang sesama kita. “Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat ilahi semoga dikurniakan rahmat, keamanan dan kemakmuran yang sempurna lagi berkekalan kepada negara serta semua Bangsa Malaysia,” titahnya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ulamalu replied at 10-4-2024 09:50 PM
Solat raya pg tadi buat kat surau Istana Negara.
Ada berapa saf je. Selalu Agong buat kat Masjid N ...
ADVERTISEMENT