CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan Turun Dengan Lebat Selepas Penduduk Solat Istisqa’

10-4-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11896| Komen: 28



PETALING JAYA – Hujan lebat sebaik sahaja penduduk Kampung Pesagi, Chenor di daerah Maran, Pahang selesai menunaikan solat sunat istisqa’ di sini semalam.

Video keadaan hujan lebat itu dikongsikan oleh Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menerusi TikTok semalam.'

“Subhanallah, solat sunat istisqa’ diimamkan oleh tuan kadi daerah Maran sebentar tadi dan selesai sahaja solat, hujan pun turun dengan lebatnya di sekitar Kampung Pesagi.

“Alhamdulillah Allahuakbar, semoga ia menamatkan kemarau di tempat kita ini,” katanya pada video tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai mengucapkan syukur apabila doa penduduk dimakbulkan oleh Allah dengan hujan lebat tersebut.

“Alhamdulillah ada insan-insan yang makbul doa dalam jemaah solat tersebut,” komen pengguna TikTok.

“Bila kita meminta dengan Allah, tiada yang mustahil. Terus Allah angkat doa dan hajat umat-Nya yang meminta pertolongan,” kata seorang lagi pengguna.


“Allhamdulillah, Allah sentiasa mendengar. Kadang rasa nak menangis bila dengar doa orang baik-baik diangkat Allah. Moga doa kita untuk saudara di sana yang teruk diseksa turut diangkat Allah,” kata seorang lagi pengguna TikTok. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigebang 9-4-2024 05:50 PM
Subhanallah, maha suci Allah
Quote Ahriman 9-4-2024 05:56 PM
Edited by Ahriman at 9-4-2024 05:59 PM

Alhamdulillah.
Tempat iols pon hujan jugak.
Quote Suchi 9-4-2024 06:08 PM
Edited by Suchi at 9-4-2024 06:10 PM

Yup hujan, iols kat jengka ni merasa juga tempias hujan.
Sini gelombang haba weh panas gilaaa berbahang
Terkejut sampai umah mil smlm, pastu gigih plak haku nk iron baju tghari buta tibaa2 blackout plak
Haa dah mcm kena salai mujur kejap je.
Tak sampai hati nk buka aircond cukupla kat ruang tamu je on aircond.
Bilik sendiri mmg kami pasang air cond  tp on  kalau perlu sgt2 tuk sejukkan bilik  tgh mlm buta.
Siang hari toksah la duk dlm bilik pakat berlonggokla kat ruang depan tu.
Quote green~tea 9-4-2024 06:35 PM
Suchi replied at 9-4-2024 06:08 PM
Yup hujan, iols kat jengka ni merasa juga tempias hujan.
Sini gelombang haba weh panas gilaaa berbah ...

Uolz duk jengka?

Kalo mak lampir scammer tersohor forum cari tu asal felda jengka tu .. mak dia maseh duk sana..
Quote Triple_8 9-4-2024 06:39 PM
Demi menjaga hati etis penduboq, marilah kita membincangkannya secara saintifik.
Quote Suchi 9-4-2024 07:02 PM
green~tea replied at 9-4-2024 06:35 PM
Uolz duk jengka?

Kalo mak lampir scammer tersohor forum cari tu asal felda jengka tu .. mak dia  ...

Mak mertua org jengka, mmg tiap tahun raya sini iols  yatim piatu senangkan takyah rebut2 nak balik mana
Umah mak pak iols kat pahang juga tp lebih dekat ngn kl.

Quote mojarean_X 9-4-2024 07:03 PM
Triple_8 replied at 9-4-2024 06:39 PM
Demi menjaga hati etis penduboq, marilah kita membincangkannya secara saintifik.

Itu kena rujuk jabatan Meteorology
Quote cmf_jeangrey 9-4-2024 07:34 PM
Subhanallah...Allah pun ada menyeru kita meminta daripadaNya

Berusaha, berdoa, tawakkal

Quote zuuu 9-4-2024 07:41 PM
Tempat aq pon hujan gak,ingatkan nk g bazar last day ni,sekali b4 asar tu hujan turun,lebat gak sampai dekat kul 6 stengah baru reda,terus dah malas aq nk g bazar,buka puasa makan kurma n air teh ais smlam,pas isyak nanti baru masak maggie n bancuh air makan
Quote noor2 9-4-2024 07:42 PM
Perak pun hujan turun lebat..sejuk dua tiga hari ni...
Quote green~tea 9-4-2024 07:50 PM
Suchi replied at 9-4-2024 07:02 PM
Mak mertua org jengka, mmg tiap tahun raya sini iols  yatim piatu senangkan takyah rebut2 nak bali ...


Sama lah kita nye .. yatim piatu..  tp aiols tetap balik ganu  petang raya tp mesti raya bangi dulu hari 1st.. solat sini dulu...

Skali mak pak mertua i pun ikut i balik beraya kat terengganu... theyols datang 2nd day raya...

Clingy kan kitorang
Quote sharlenetexas 9-4-2024 08:10 PM
Triple_8 replied at 9-4-2024 06:39 PM
Demi menjaga hati etis penduboq, marilah kita membincangkannya secara saintifik.


[youtube]l5aZJBLAu1E[/youtube]


Quote gigahertz 9-4-2024 08:15 PM
Triple_8 replied at 9-4-2024 10:39 AM
Demi menjaga hati etis penduboq, marilah kita membincangkannya secara saintifik.

Hujan kat jengka tu hujan dari Johor.
Tiupan angin bawak ke sana
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2024 08:27 PM
gigahertz replied at 9-4-2024 08:15 PM
Hujan kat jengka tu hujan dari Johor.
Tiupan angin bawak ke sana

Monsun Timur Laut datang dari timur laut lah makcik!
Quote alieyrina 9-4-2024 08:47 PM
Tgk ramalan memg stat selasa onwards belah ptg hujan. Kalau pagi sunny ja tempat aku
Quote cmf_premierleag 9-4-2024 08:49 PM
Alhamdulillah..best hujan..sejuk dan nyaman
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2024 08:52 PM
#rindubanjirsampaibumbung
Quote ninja boy 9-4-2024 09:52 PM
Ituhari banjir xmo kutip simpan
Quote FOTHER-MUCKER 9-4-2024 10:43 PM
alieyrina replied at 9-4-2024 04:47 AM
Tgk ramalan memg stat selasa onwards belah ptg hujan. Kalau pagi sunny ja tempat aku

Jadi sebab itu mereka pilih hari selasa?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051372 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top