SUNGAI PETANI – Letupan bunga api dan mercun di Dataran Jam Besar, di sini pada awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada penjaja yang membakar bunga api di tepi jalan di situ. Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian kira-kira pukul 4.48 pagi itu berlaku ketika kebanyakan peniaga di khemah perniagaan Bazar Aidilfitri sedang mengemas untuk menutup perniagaan masing-masing. Katanya, beberapa anak muda yang dipercayai penjaja bunga api dan mercun membakar bahan tersebut untuk berseronok. “Namun bekas bunga api yang dibakar itu dikatakan terbalik menyebabkan letupan jadi tidak terkawal sehingga percikannya membakar sejumlah bunga api dan mercun lain yang dipamerkan di atas meja jualan penjaja terbabit,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Katanya, dia yang berniaga di bazar di situ bersama beberapa peniaga lain terus bergegas ke lokasi untuk membantu penjaja itu selepas keadaan menjadi tidak terkawal.
“Saya dan beberapa individu bertindak membasahkan kain dan menutup bahagian meja yang mengandungi bunga api dan mercun yang terbakar itu. Kami bersyukur tindakan itu berjaya menghalang letupan dan kebakaran daripada terus merebak,” ujarnya. Menurutnya, terdapat ramai penjaja membuka meja jualan bunga api dan mercun di situ menjelang Aidilfitri ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian dan sedang menyiasat lanjut insiden berkenaan.
|
kepompong replied at 9-4-2024 05:21 PM
tengok video macam ok je . tkde la merebak meletup sampai kereta
cmf_premierleag replied at 9-4-2024 05:48 PM
Bodohnya la kan
Lg satu kes mercun, pi letup keter jiran kat puncak alam..smpi terbakar hancur keter ...
she replied at 9-4-2024 06:07 PM
Tapi penduduk situ kata
Nengok cctv
30 minit rakaman
cranell replied at 9-4-2024 06:50 PM
baru muhibah Malaysia truly asian, cina raya main mercun, melayu raya main mercun, india raya main m ...
pengecatbintang replied at 9-4-2024 06:04 PM
sblm aku komen...
aku nak habaq aky mulayu okehh...
manopBKK replied at 9-4-2024 09:27 PM
Knp delete?
Skuau replied at 9-4-2024 10:10 PM
okla abang..suda raya saiya ikut cine la abang buka itu judi mesin sama...kongkek spa..harap Melay ...
pengecatbintang replied at 9-4-2024 10:36 PM
aku taip balik..
jika bukan akibat mercun..
pengecatbintang replied at 9-4-2024 10:36 PM
aku taip balik..
jika bukan akibat mercun..
sharlenetexas replied at 9-4-2024 10:43 PM
Ingat tak dulu kes kereta meletup kat traffic light kg sireh kelantan dulu masa pkp? Sampai kat ru ...
Skuau replied at 9-4-2024 05:35 PM
awai hang raikan '4th of july'....naa...
ADVERTISEMENT