CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menipu Najib Umpama Gali Kubur Sendiri – Jasmine

6-4-2024 06:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8161| Komen: 7



KUALA LUMPUR – Bekas peguam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan memberitahu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal untuk berkonspirasi dengan mana-mana pihak untuk menipu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Adalah mustahil untuk berkonspirasi (dengan sesiapa) untuk (menipu) Perdana Menteri yang masih berkhidmat. Ia seperti menggali kubur sendiri,”ujar wanita itu ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Deepa Nair.

Saksi itu juga sekali lagi menyatakan bahawa beliau tidak pernah terlibat dengan mana-mana perancangan untuk menyelewengan dana 1MDB dan tidak mengetahui wang yang diterimanya adalah hasil penyelewengan tersebut.

Terdahulu, saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa beliau bersengkongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk menipu dana 1MDB.


Selain itu, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, saksi itu berkata tidak mungkin transaksi-transaksi 1MDB yang mencecah bilion ringgit boleh diteruskan sekiranya tidak diluluskan oleh Menteri Kewangan dan Perdana Menteri iaitu Najib.

Terdahulu, Jasmine menyatakan, Najib tidak pernah meminta penjelasan daripadanya berhubung mana-mana dokumen perjanjian yang pernah disediakannya bagi transaksi-transaksi yang dijalankan oleh syarikat terbabit.

Walaupun menyatakan, beliau bukanlah orang yang tepat untuk berbuat demikian kerana hanya seorang peguam di syarikat terbabit, namun Jasmine menyatakan dirinya tidak pernah dipanggil untuk memberikan penjelasan oleh sesiapa termasuk Najib.

Tambahnya, walaupun dokumen-dokumen yang disediakan adalah `dokumen undang-undang’ namun sesiapa sahaja boleh memahaminya.

“Kalau ada yang tidak faham, maka boleh minta penjelasan,”katanya.

Terdahulu, Jasmine menyatakan Najib pernah `membersihkan’ namanya dan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee pada sidang Parlimen bertarikh 7 Mac 2017.

Jasmine kemudian membaca hansard Parlimen yang mana Najib antara lainnya menjawab bahawa siasatan terhadap wanita itu dan Keng Chee telah selesai dan tiada sebarang tindakan diambil ke atas mereka.

Menjawab pertanyaan berhubung mengenai barangan mewah yang diterima dan percutian luar negara ditaja Jho Low, wanita itu menyatakan, beliau menerimanya atas dasar persahabatan dan tanpa sebarang ikatan.

“Saya percaya percutian di antara keluarga dan rakan adalah disebabkan kami mempunyai kawan-kawan yang sama,”katanya.

Jasmine mengakhiri keterangannya dengan menyatakan bahawa beliau hadir memberi keterangan sebagai seorang saksi dan bekas pegawai 1MDB.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 22 April ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 6-4-2024 04:05 PM
Rakyat pilih bmx pun dah macam gali kubur sendiri jugak..atau lebih tepat bagai bernafas dalam lumpur.
Quote Isninselasarabu 6-4-2024 09:40 PM
DAP LAGI KUAT AUTA..MENIPU JE KERJA... SAME JE DENGAN PKR.. SEKARANG NI GERAKAN NAK BG NAJIB NMPK TEROK SEBAB NK TUTUP KESALAHAN SENDIRI.. RAKYAT TERBEBAN NK MAMPOS.. ORG YANG DAPAT STR STIAP TAHUN TETIBE TAK DAPAT STR.. PAHTU KRONI..KATE KE MAHATHIR KRONI..DIE LAGI KRONISM NK MATEY..
Quote Kurex 6-4-2024 09:53 PM
menipu tak boleh, tapi fitnah ok kan sundelll???!!!!!
Quote sharfox 9-4-2024 01:49 PM
Bodoh berganda2 sapa2 yg percaya ada org berani tipu PM masa dia tgh berkuasa. Mana punya sekolah daaa dulu? Ke tak pernah sekolah?
Quote plywood 9-4-2024 07:26 PM
“Adalah mustahil untuk berkonspirasi (dengan sesiapa) untuk (menipu) Perdana Menteri yang masih berkhidmat. Ia seperti menggali kubur sendiri,”


Quote B40tastePosh 9-4-2024 07:31 PM
Everything is possible lah...anak tetak kepala mak ayah, potong kepala ayah.

Takkan Najib tiba2 mustahil

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.041429 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top