CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Cincin Berlian Kerana Selamatkan Kanak-Kanak Di Jalan Raya

6-4-2024 06:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7452| Komen: 5



RIYADH – Seorang lelaki Arab Saudi dipuji dan menerima pelbagai  hadiah mewah selepas berita dia menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada dilanggar di luar  Riyadh tersebar meluas, lapor portal berita Gulf News semalam.

Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan lelaki bernama Abdullah Al Anzi itu memberhentikan keretanya apabila melihat seorang kanak-kanak berjalan di tengah jalan raya di bandar Al Kharj, tenggara Riyadh.

Dia menghentikan keretanya untuk membolehkan kanak-kanak tersebut  melintas dengan selamat.

Ketika Al Anzi berbuat demikian, dia melihat sebuah kereta dipandu laju menuju ke arah kanak-kanak itu.

Dia pantas mengalihkan kenderaannya sekali gus menghalang kereta tersebut yang kemudian merempuhnya dalam usaha menyelamatkan mangsa. budak lelaki tersebut tidak cedera dalam kejadian itu.

Laman berita Arab Saudi,  Al Marsd melaporkan bahawa sebuah kedai barangan kemas  menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada  Al Anzi dan turut memberikan sebutir lagi kepada ibu budak itu.


Seorang ahli perniagaan, Sheikh Hazah Aba Al Rus turut memberikan hadiah berupa wang tunai, pedang, kuda Arab dan jubah tradisional kepadanya. 

Al Anzi turut mendapat lebih banyak hadiah termasuk tawaran untuk membaiki keretanya selain insurans dan bekalan petrol selama setahun. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 6-4-2024 10:38 PM
Masya Allah! Rezeki dia...
Quote hokeypokey 6-4-2024 11:52 PM
uishhh.. rezeki datang bergolek2 melimpah ruah.. untung jadik viral kt negara arab eh..
Quote gigahertz 7-4-2024 01:26 AM
hokeypokey: uishhh.. rezeki datang bergolek2 melimpah ruah.. untung jadik viral kt negara arab eh..

ok sis. i jadi pemandu arab yang selamatkan kanak2. u jadi pemandu kereta yang di pandu laju arah kanak2.
nanti untung kita bahagi dua.
Quote kotakbaju 6-9-2024 08:50 PM
Udah kenapa mak budak tu pun dapat sebutir cincin pulak. patut buleh didakwa atas kecuaian jaga anak. Ini dapat hadiah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037427 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top