PETALING JAYA – Seorang lelaki bingung apabila disuruh menutup rambut dan memakai jubah ketika memasuki sebuah masjid. Melalui perkongsian video di TikTok lelaki itu, dia didatangi seorang wanita yang dipercayai pengawal keselamatan di masjid tersebut. Wanita tersebut kemudian mengarahkan lelaki itu untuk menutup rambutnya dan mengenakan jubah. “Awak turun bawah dan pakai jubah, tak boleh berpakaian begini,” kata wanita itu. Lelaki berkenaan yang mempunyai rambut panjang paras bahu kemudian memaklumkan dia merupakan seorang lelaki dan tidak perlu menutup rambutnya. Bagaimanapun pengawal tersebut masih bertegas menyuruh lelaki tersebut memakai topi serta jubah yang disediakan pihak masjid.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan. “Dengar dia sebut rambut, topi itu pun dah tahu dia tengah tahan malu. Tapi tetap tak nak kalah,” kata Sabrina. “Apalah salahnya kalau mak cik mengaku salah dan minta maaf saja. Kan dah selesai masalah,” kata Sariyah. “Dia dah malu, terpaksa sambung apa yang dia dah cakap dan terus berlalu pergi,” kata Vibekai. Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
antikorok replied at 6-4-2024 07:19 AM
Iolsss tengok muka mcm pompuan Cina
kechikchomel replied at 6-4-2024 08:57 AM
iolss pun ingatkan dia amoiii
krustykrab replied at 6-4-2024 06:04 AM
Tp serius la muka dia ada iras pompuan sikit2.
Acik yg tegur tu mesti malu gila
shernazz replied at 6-4-2024 09:32 AM
Hahahaha
Jenuh acik nak tanggung Malu...
Decaffeinated replied at 6-4-2024 10:29 AM
Acik guard tu bukan malu mengaku silap tapi malu nak gelak jadi dia sambung ja ayat.
ADVERTISEMENT