SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bakal mengumumkan berita baik berhubung kenaikan gaji penjawat awam selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini. Katanya, kenaikan itu wajar dilaksanakan susulan struktur gaji penjawat awam tidak disemak sejak sekian lama. “Perkara ini diteliti kerana kita mendengar keluhan daripada orang ramai khususnya penjawat awam. “Alhamdulillah kita (barisan jemaah menteri) ada kesepakatan dalam hal ini dan Insya-Allah berita baik ini akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang, selewat-lewatnya pada belanjawan tahun ini. “Saya tidak akan bagitau bila saya akan umum. Oleh itu dengar sampai habis (pembentangan belanjawan) itu nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani di UITM Pulau Pinang, di sini hari ini. Hadir sama ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan itu dibuat meskipun kerajaan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam mengurangkan defisit perbelanjaan negara. “Kalau ada kepincangan, itu bukan salah golongan pekerja tetapi pengurusan kerajaan. “Sementara kita betulkan salah guna kuasa golongan pemimpin, kita kena cari jalan naikkan gaji penjawat awam ini,” katanya. Pada Februari lalu, media melaporkan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat menggesa kerajaan menyegerakan kenaikan gaji penjawat awam berikutan kedudukan gaji semasa tidak lagi sepadan dengan kos sara hidup tinggi. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilapor mengumumkan bahawa semakan pertama struktur gaji penjawat awam selepas 12 tahun akan dibentangkan semasa Belanjawan 2025 berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan sistem pencen bagi pekerja baharu. Mesyuarat bersama Perdana Menteri dilapor membincang dan menimbang inisiatif-inisiatif penambahbaikan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam. Sumber -KOSMO! ONLINE. |
jazaa100 replied at 6-4-2024 09:14 AM
Yg nk idup kat msia ni penjawat awam je....
Bila gaji dorang naik....siaplah...brg² semua akn ikut ...
jazaa100: Yg nk idup kat msia ni penjawat awam je....Bila gaji dorang naik....siaplah...brg² semua akn ikut naik....yg tersepit yg keja dwasta gaji min rm1500 ...
LautBiru52 replied at 6-4-2024 09:19 AM
Ye betul tu. Gaji gov naik je harga barang pun mesti naik. Kesian orang kerja swasta
sharlenetexas replied at 6-4-2024 02:00 PM
Cantik spek mata itam. Masuk masjid pun x tanggal spek itam. Kalau atok, nenek tak lekang pakai spek ...
jazaa100 replied at 6-4-2024 10:30 AM
Tun M dulu, tak semudah tu nk naikkn gaji penjawat awam sbb Tun pikir org keja swasta, org keja kg ...
jazaa100 replied at 6-4-2024 09:14 AM
Yg nk idup kat msia ni penjawat awam je....
Bila gaji dorang naik....siaplah...brg² semua akn ikut ...
jazaa100 replied at 6-4-2024 01:14 AM
Yg nk idup kat msia ni penjawat awam je....
Bila gaji dorang naik....siaplah...brg² semua akn ikut ...
ADVERTISEMENT