PETALING JAYA – Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank, MAE dipercayai tergendala sejak awal malam tadi. Situasi itu menyebabkan orang ramai tidak dapat mengakses aplikasi perbankan dalam talian termasuk pengeluaran melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Dalam hantaran di aplikasi X, Maybank memaklumkan bahawa pihaknya sedang dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut. “Harap maklum bahawa sistem tergendala secara tidak dijangka untuk transaksi perbankan dalam talian dan kad,” katanya sebentar tadi. Sementara itu, tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial mendapati rata-rata pengguna kesal apabila tidak dapat membuat transaksi untuk urusan harian. “Apahal Maybank buat hal masa orang nak bayar barang. Buat malu aku sahaja. Dah orang ingat aku tiada duit nak bayar,” kata Ahmad Sazrul “Tak perasan pula Maybank tergendala. Nak isi minyak dia jadi pula. Nasib ada duit selit-selit sedikit. Sampai pukul berapa Maybank tergendala ini?” ujar Sholihin.
“Hura-hara Maybank tergendala waktu ini. Orang nak balik kampung isi minyak dan keluar duit semua susah,” luah Mohd. Shidin. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
Blessed_Servant replied at 8-4-2024 05:33 PM
Hari ni tengah2 hari cimb pulak buat hal.geram iols nak buat on9 transfer tadi tak boleh.
LoveSungmin replied at 8-4-2024 08:24 PM
i nak bayar kat sogo tadi, cashier tu yang bagitau cimb problem.. nasib ada kad maybank.. tapi ded ...
Blessed_Servant replied at 8-4-2024 08:39 PM
Itu lah i pun tadi nasib ada backup B.Islam..Series la nak buat personal acc pun mntak surat compa ...
ADVERTISEMENT