KOTA KINABALU – “Saya memang sengaja ambil dadah supaya dimasukkan ke dalam penjara untuk bertemu adik bongsu. “Mungkin ia tindakan tidak masuk akal, namun itu cara saya menebus rasa bersalah kepada adik perempuan kesayangan kerana sering mengabaikannya selama ini ekoran kesibukan dengan tugas selama kira-kira 15 tahun sebagai anggota tentera di Semenanjung. “Biarlah orang di luar sana mahu kata saya bodoh, tetapi secara peribadi tindakan itu berbaloi disebabkan dapat melihat sendiri keadaan adik yang berada di dalam penjara,” kata seorang banduan wanita yang dikenali sebagai Angah, 40. Anak kedua daripada empat beradik itu menyatakan dia mula dijatuhkan hukuman penjara sejak Disember tahun lalu atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya, manakala adiknya kini sedang dalam reman di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya.
Angah berkata, dia mahu adik bongsunya itu melihat pengorbanan seorang kakak sekali gus menunjukkan masih ada ahli keluarga yang menyayangi dirinya. Terpilih sebagai salah seorang banduan mengikuti Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ‘Ihsan Madani’ Kepulangan Yang Dinanti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Angah bersyukur peluang tiga bulan berada di dalam penjara banyak mematangkan diri dan mampu memberi teladan terbaik buat adik dan banduan wanita lain. Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Nora Musa memaklumkan, seramai 142 Orang Bebas Berlesen (OBB) terlibat dalam PBSL di semua penjara seluruh Sabah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Belibis replied at 5-4-2024 10:17 AM
Tau pulak nak kena kurung kat penjara yang sama?? Kalau sorang kat kajang,sorang kat penor lagu mana ...
lightheaded67 replied at 5-4-2024 12:47 PM
bukan ke penjara boleh dtg melawat. dah tak boleh ker
Belibis replied at 5-4-2024 02:51 PM
Melawat sebulan sekali jer.ni dia nak tidur sebilik macam sewa home stay gitu..kena la duk dalam ...
B40tastePosh replied at 5-4-2024 10:13 AM
Kasih ibu bawa ke syurga,
Kasih bapa sampai ke hujung nyawa,
Kasih kakak hingga ke penjara.
syamzana replied at 5-4-2024 03:10 PM
dok penjara sekali pun blh ke berjmp bergurau senda kalau lain blok?
ke time bersukan beraktiviti tu ...
lightheaded67 replied at 5-4-2024 03:09 PM
iyelah kan, 3bulan je masuk nye yek. kadg mmg tak paham, tp itulah dia
B40tastePosh replied at 5-4-2024 03:35 PM
Cara komando kot
ADVERTISEMENT