CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Mengaku Sudah Tiada Perasaan, Nak Bercerai Sebelum Ditangkap Khalwat – ‘Aliff Kata Allah Bagi Perasaan Itu’

4-4-2024 05:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17292| Komen: 92


Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan bahawa suaminya, Aliff Aziz pernah menyuarakan hasrat untuk bercerai secara baik dengannya pada Februari lalu.

Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia sangat terkejut dengan kenyataan Aliff yang mengakui sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya meskipun ketika itu rumah tangga mereka sedang harmoni.


Sebenarnya sebelum ini pada 14 Februari, Aliff minta cerai dan dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.

Masa itu pelik kenapa tiba-tiba nak minta cerai… tiada ribut tiada angin tapi Aliff kata Allah bagi perasaan itu.


Bella memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K-Town Korean BBQ, Komersial Radio, Bukit Jelutong, Shah Alam pada petang Rabu.

Walau bagaimanapun, Bella enggan bercerai lalu bertindak merayu kepada Aliff untuk tidak meneruskan hasratnya demi kesejahteraan anak-anak.

Saya merayu dengan dia supaya kesian pada anak-anak.

Saya pujuk Aliff siap hantar video, tapi dia kata dia sudah tak rasa apa-apa pun.

Dia cakap nak cerai pada 31 Mac dimana selepas habis penggambaran drama Jerat.

Dalam pada itu, Bella menjelaskan bahawa dia meminta petunjuk daripada Allah SWT untuk melindungi rumah tangganya namun, tidak menyangka menerima berita mengenai penangkapan khalwat suaminya bersama pelakon, Ruhainies.

Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya itu, saya melalui hari-hari itu macam tiada semangat.

Saya terfikir, kenapa saya nak kena cerai dengan tiba-tiba?

Sebab itu saya solat istiqarah dan sebelum dia nak ceraikan saya Allah tunjukkan dengan kes khalwat. Jadi, inilah jawapannya.

Sekadar info, pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 4-4-2024 05:05 AM
Pinggan x retak..nasi x dingin.
Org x hendak..aku pun x hingin..


Ape la ko ni Bella...org dah x nk pi mampos jela...anak2 pun boleh je membesar still ada ayah ibu walaupun bercerai...sedangkan anak2 mati ayah..mati mak lagi boleh hidup..
Quote Tiggybiru 4-4-2024 05:09 AM
Maka benarlah,cinta itu buta..apa2 pun love yourself first..respect yourself first..she love him so much sampai
1.?buat apa nak cerai kalau harmoni(harmoni apa husband dah ngaku tak syg
2.??buang keluarga sendiri(dik oii family is forever..pttnya masa tu dah ada intervention and cerai terus dh)
3.11 kali?? Respect yourself and your husband will respect you too.you need to know the limit that you can endure
4.apo hang pun curang.kesimpulannya semua ni merosakkan media..curang 11 kali, bini pun curang, semua benda londeh..awat hang tak cerita pasal atas katil sekali .. haiyoo dah nak raya ni oi..
Quote Tiggybiru 4-4-2024 05:15 AM
Depa ni tak pernah jumpa marriage counselor ke? You want to stay in a marriage that is not happy- so long as you both are still called husband and wife, but all those are meaningless..
Quote weezerfan 4-4-2024 05:15 AM
Byk bunyi betul minah ni.cerailah cepat smg lenyap dr dunia seni ni.laki bini sama je
Quote KarinaKapur 4-4-2024 05:20 AM
31mac nk cerai, 9mac tgkap khalwat..ish apa ni xpaham..yg mana dtg dulu..
Quote scarflicious 4-4-2024 05:21 AM
weezerfan replied at 4-4-2024 05:15 AM
Byk bunyi betul minah ni.cerailah cepat smg lenyap dr dunia seni ni.laki bini sama je

Ko suruhlah Alif tu cpt2 ceraikan bini dia. Ni dah gi mahkahmah dia pulak tak dtg. Tak campur lagi perangai mil yg mcm menantu pulak yg kena tangkap basah
Quote jambatannetizen 4-4-2024 05:22 AM
Tiggybiru replied at 4-4-2024 05:09 AM
Maka benarlah,cinta itu buta..apa2 pun love yourself first..respect yourself first..she love him so  ...

Dia cerita lah . Perbualan alif dlm kereta dgn ruhainies ckp benda2 kotor
Quote Tiggybiru 4-4-2024 05:53 AM
Then why stay in the marriage la deyy?chow chin choww
Quote kepompong 4-4-2024 05:55 AM
ohwow tak malu nya cakap macamgini open2 ... apoooo
Quote kepompong 4-4-2024 05:58 AM
jap lagi setiap 1 ayat keluar dari mulut nabelah terus ada tered baru
Quote noor2 4-4-2024 05:58 AM
kepompong replied at 4-4-2024 05:55 AM
ohwow tak malu nya cakap macamgini open2 ... apoooo

Lelaki ckp mcm.tu sb dia dah ada perasaan kat perempuan lain...
Quote doubleA 4-4-2024 06:01 AM
Makin banyak aib hal rumah tangga keluar. Cerai la cepat2 dan bawa haluan masing2 dari menambah dosa dan heret banyak org lain dalam hal ni. What’s done cannot be undone lagi2 bab mulut atau lajak kata. Seram iols sampai buang adik, perangai buruk mil… and the list goes on. Memang nampak tak harmoni langsung dari awal cuma indenial
Quote cempakaa 4-4-2024 06:02 AM
Obviously laki dah taknak takyah la paksa
Quote Moyangkucing 4-4-2024 06:03 AM
Kesian juga... bila kita fikir kita sedang harmoni bahagia, rupanya suami dah tak ada rasa cinta pada kita...
Quote Moyangkucing 4-4-2024 06:04 AM
Kesian juga... bila kita fikir kita sedang harmoni bahagia, rupanya suami dah tak ada rasa cinta pada kita...
Quote kepompong 4-4-2024 06:09 AM
noor2 replied at 4-4-2024 05:58 AM
Lelaki ckp mcm.tu sb dia dah ada perasaan kat perempuan lain...

maksud i... nabelah tu yg tak malu ckp camgini open2 kat reputz. Yg ni ... bukan simpati yg dia dpt... tapi cercaan.

i kesian kat pompuan yg kena camgini.. tapi kalau laki dah pernah kantoi ada gambar tak senonoh dgn bohsia, better cerai betul2 kecuali boleh move on (forgive & forget) . Kalau tak boleh, drama2 berpanjangan macamni  boleh dijangka berlaku . Bosan lah.

Nextttttt
Quote alesandra 4-4-2024 06:12 AM
Edited by alesandra at 4-4-2024 06:18 AM

Ya tuhannn..ko boleh merayu lagi guna anak2  bila laki ko dah xnak ko!!??? ko  jugak kata dah 11 kali.skandal bukan calang2 adik sendiri,bff sendiri.pompuan,manusia jenis apa ko ni??? ko sendiri menzalimi diri sendiri.
Quote kepompong 4-4-2024 06:13 AM
Moyangkucing replied at 4-4-2024 06:03 AM
Kesian juga... bila kita fikir kita sedang harmoni bahagia, rupanya suami dah tak ada rasa cinta pad ...


tu la kesian

tapi i pernah ada episod takde perasaan kat hb   punca nya sbb dia yg dingin & also byk kejadian cari salah i... & memacam lah ....  tkde maknanya kalau dia ok tiberr i pandang dia tkde perasaan (tapi skrg dah ok   tiber rasa best hb in the world) (tapi betul lah... i nak baik semula ngan hb bukan free... byk usaha & doa, & tak pernah ckp open2 jn public. masa waktu kejadian byk fokus kat prob je, & cari jln penyelesaian... of course cerai salah 1 option)
Quote Belibis 4-4-2024 06:15 AM
kepompong: jap lagi setiap 1 ayat keluar  ...

Kena baca malam lor..sambil layan popcorn.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045181 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top