MESKI sudah bercerai dengan Datuk Jejai, pelakon jelita Fasha Sandha masih mengekalkan hubungan baik dengan ibu mentua, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah serta keluarga besar bapa kepada dua anaknya. Malah, sudah menjadi rutin setiap kali Ramadan, dia dan seoang lagi bekas isteri Jejai iaitu pelakon Nora Danish akan berbuka puasa di kediaman mentua mereka. Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, bersyukur hubungannya dengan keluarga bekas suami kekal harmoni walaupun sudah membawa haluan masing-masing. “Tadi saya berbuka puasa di rumah keluarga bekas suami. Walau macam mana pun Puan Sri dan Datuk Sri masih mentua saya dan hubungan ini tidak akan putus sampai bila-bila. Beruntungnya saya kerana mentua sangat menyangi anak-anak saya. Nora Danish pun ada sama tadi. “Kami satu keluarga besar. Saya anggap kehidupan ini terlalu berwarna apabila mereka menyambut saya sebagai keluarga,” katanya kepada HibGlam selepas majlis iftar bersama produksi dan pelakon filem Harimau Malaya, semalam.
Dalam masa sama, Fasha memaklumkan hubungan harmoni itu akan diteruskan demi kebaikan anak-anak yang sedang membesar. Hubungan ini tidak akan putus sampai bila-bila. Anak-anak nak tengok kehidupan harmoni walaupun selepas ibu bapa mereka berpisah. “Kesihatan mental cahaya mata kami sangat penting dan mereka nak membesar dengan kasih sayang,” ujarnya. Ditanya mengenai penerimaan suaminya, Aidil Aziz, Fasha menzahirkan rasa syukur dikurniakan teman hidup yang memahami hubungan baiknya dengan keluarga mentua. Aidil okey sebab mereka selalu jemput dia sekali cuma kali ini Aidil perlu hadiri majlis lain, jadi dia perlu utamakan kerjanya dahulu. “Namun, sebelum buat apa-apa keputusan saya minta izin dia dahulu dan kemudian ke majlis ini,” jawabnya.
|
zuriey replied at 4-4-2024 05:06 AM
Rutin tahunan bergambar dia tangga keramat
irvene replied at 4-4-2024 07:54 AM
dkt mana rumah mertua dia ni? kiranya mertua dia ni ulang alik KL perak la ye
miamiot replied at 4-4-2024 08:21 AM
Ampang kalu x silap , btw Fasha nmpk aging mgkn sbb kurus kut & rambut pendek
zuriey replied at 4-4-2024 05:06 AM
Rutin tahunan bergambar dia tangga keramat
jalfa replied at 4-4-2024 07:52 AM
Tercapai hajat poromer nak tgk nd ngan pasandal pose kat tangga keramat puan sri prominent
ADVERTISEMENT