Bella Astillah akui gambar mesra dirinya bersama pelakon lelaki baharu, Muaz Zabir adalah benar tetapi mendakwa tujuannya hanya mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu. "Sebenarnya saya mengetahui perkara ini sejak semalam. Rakan terdekat dan netizen pun bercakap. Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang? "Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lalu. Ia sudah lama dan niat saya mahu membuatkan suami cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang kepada Aliff." Bella Astillah buat macam tu sebab Aliff Aziz tengah curang dengan dua wanita lain? "Jadi, saya gunakan seseorang untuk buat suami cemburu kerana pada ketika itu Aliff curang bersama dua wanita lain. "Tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dan dengan cara itu, saya harap Aliff beri perhatian dan cemburu."
Katanya, dia melakukan kesilapan dan hubungan berlaku pada tahun lalu. Ia juga diketahui Aliff dan keluarga dalam masa mahu membuatkan suaminya cemburu. "Muaz ini baik dan bila rasa tak dihargai dan diperlakukan seperti sampah, hadir seseorang memberi perhatian. Saya manusia biasa dan ini adalah kesilapan saya pertama saya selama 10 tahun bersama dengan Aliff. "Bagaimanapun, kami sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya Aliff tapi keluarga di Singapura juga." "Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Pulau Pinang, jadi tiada masalah apa-apa." "Aliff sudah letak penutup di situ dan katakan masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu, saya nampak Aliff mula hargai saya. Saya pun fikir buat kesalahan dan kena bertaubat." "Ini adalah kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf,” katanya." Bella berkata apabila dia dan suaminya sudah berbaik, Aliff kembali mengabaikan dirinya ketika menjayakan penggambaran drama bersama Ruhainies. "Bila mula penggambaran dengan Ruhainies, Aliff tukar ‘password’ telefon bimbit." "Jadi, mungkin mereka nak tutup kes khalwat dan tiada senjata, mereka gunakan kes saya. "Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia? Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz." "Orang marah cakap saya bodoh, tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga. Saya mahu anak-anak ada ibu bapa yang lengkap, jadi saya berkorban,” katanya." Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz. Bella Astillah akui gambar mesra dirinya bersama pelakon lelaki baharu, Muaz Zabir adalah benar tetapi mendakwa tujuannya hanya mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu. Sebenarnya saya mengetahui perkara ini sejak semalam. Rakan terdekat dan netizen pun bercakap. Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang? Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lalu. Ia sudah lama dan niat saya mahu membuatkan suami cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang kepada Aliff. Bella Astillah buat macam tu sebab Aliff Aziz tengah curang dengan dua wanita lain? Jadi, saya gunakan seseorang untuk buat suami cemburu kerana pada ketika itu Aliff curang bersama dua wanita lain. Tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dan dengan cara itu, saya harap Aliff beri perhatian dan cemburu. Katanya, dia melakukan kesilapan dan hubungan berlaku pada tahun lalu. Ia juga diketahui Aliff dan keluarga dalam masa mahu membuatkan suaminya cemburu. Muaz ini baik dan bila rasa tak dihargai dan diperlakukan seperti sampah, hadir seseorang memberi perhatian. Saya manusia biasa dan ini adalah kesilapan saya pertama saya selama 10 tahun bersama dengan Aliff. Bagaimanapun, kami sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya Aliff tapi keluarga di Singapura juga. Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Pulau Pinang, jadi tiada masalah apa-apa. Aliff sudah letak penutup di situ dan katakan masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu, saya nampak Aliff mula hargai saya. Saya pun fikir buat kesalahan dan kena bertaubat. Ini adalah kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf,” katanya. Bella berkata apabila dia dan suaminya sudah berbaik, Aliff kembali mengabaikan dirinya ketika menjayakan penggambaran drama bersama Ruhainies. Bila mula penggambaran dengan Ruhainies, Aliff tukar ‘password’ telefon bimbit. Jadi, mungkin mereka nak tutup kes khalwat dan tiada senjata, mereka gunakan kes saya. Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia? Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz. Orang marah cakap saya bodoh, tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga. Saya mahu anak-anak ada ibu bapa yang lengkap, jadi saya berkorban,” katanya. Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz. Kredit: Berita Harian/OhMedia |
Salwarahmad replied at 3-4-2024 10:30 PM
Awai plak masuk...????
DottieDot replied at 3-4-2024 02:48 PM
Walaupun benak & lemah bab laki xde harga diri dia tapi bagus Bella ni direct je ngaku & berterus te ...
ADVERTISEMENT