CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan 5 Kali Tetapi 11 Kali Aliff Curang Termasuklah Dengan Adik Saya Sendiri - Bella Astillah

3-4-2024 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32976| Komen: 322



BUKAN lima kali, tetapi 11 kali Aliff curang termasuklah dengan adik saya sendiri.”

Demikian pendedahan mengejutkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang mendakwa suaminya, Aliff Aziz turut  berselingkuh dengan adik kandungnya, Erica Astillah.

Demi mempertahankan rumah tangganya, Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabella, 30, sanggup membuang keluarga dan memilih untuk terus bersama Aliff.

“Punyalah sayang dekat Aliff sampai sanggup buang keluarga sendiri. Saya tidak pernah cerita tentang perkara ini tetapi saya terpaksa.

“Saya tidak sangka keluarga mertua yang saya sanjung berpaling daripada saya. Sejujurnya, saya sudah tiada keluarga di Sabah. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaiknya sebelum ini,” kongsi Bella sambil menangis.

Selain itu, Bella memaklumkan tanpa sebab Aliff tiba-tiba  meluahkan hasrat mahu bercerai sekitar Februari lalu.



"Saya tertanya-tanya kenapa semua ini harus berlaku sedangkan kami sudah pun berbaik dan sudah pergi bercuti sama-sama.

“Ketika itu saya merayu dengan dia tidak mahu bercerai kerana enggan anak-anak menjalani kehidupan tanpa keluarga yang sempurna.

Akhirnya saya buat solat istikarah dan Allah tunjukkan jalan kepada saya selepas mereka ditangkap khalwat. Selepas ini saya tidak akan pilih jalan yang salah lagi (nekad bercerai),” kata Bella.

Dalam pada itu, Bella turut memberi amaran kepada Ruhainies bahawa karma pasti berlaku satu hari nanti.

“Awak (Ruhainies) belum pernah berkahwin, belum pernah jadi isteri, belum pernah jadi ibu,. Tolong ingat perkara ini, satu hari nanti awak akan rasa apa yang saya rasa,” tegasnya.

Terdahulu, nama Bella menjadi perhatian apabila tular foto dan tangkap layar perbualan mesranya dengan pelakon baharu, Muaz Zabir di aplikasi TikTok.


Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di kediaman aktres itu di ibu negara.

Disebabkan kes khalwat itu, Bella telah memfaikan perceraian terhadap Aliff secara ekspres pada 13 Mac lalu dan kes tersebut akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. 

Sumber – HIBLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 3-4-2024 10:26 PM
11-1

Quote MINNIElove 3-4-2024 10:38 PM
beria putik dgn kemut bukak aib bella, last2 kena overshadow dgn 11-1, erica
Quote iraizz 3-4-2024 10:38 PM
Selingkuh tu maksud tido ke? Ke curang mengayat je
Quote Nt-ViruS 3-4-2024 10:50 PM
At that point you are the idiot gurl. fools me once shame on you, fools me twice shame on me. fools me 11 times?.
Quote Lentera 3-4-2024 10:55 PM
11 kali??! Aduhai kesiannya bella. Cari la laki lain. Muaz tu wlupun aku tak kenal sape, on je la bella. Harap2 lebih 2cm
Quote bankerpencen 3-4-2024 11:01 PM
Bodoh ya amatttt. Laki tu taknak kat kau, siap tutuh adik kau sendiri, kau tetaplah hadap jugak. Terang lagi bersuluh jantan tu jenis tak guna, kau nak jugak. Pastu dok sedih2 nangis2 semua.

Tau la takde bakat, muka pun below average sgt, cuma dengan kontroversi je baru ada job. Tapi ni dah betul2 low self esteem dah ni sampai nak merendahkan diri demi jantan tak guna. Bodohnya.
Quote bukan_ustazah 3-4-2024 11:03 PM
Tapi kau tetap curang tak payah nak spin off.
Quote mawarika 3-4-2024 11:07 PM
Kena 11 kali sape tak mental ek.. tak bole fikir dah tu .. so acik maapkan kecurangan kau dgn muaz.
Quote Mimo.mimo 3-4-2024 11:09 PM
bukan_ustazah replied at 3-4-2024 11:03 PM
Tapi kau tetap curang tak payah nak spin off.

Setujuk. Siap counter lagi 11 kali curang. Mohon cerai la couple ni. Memasing dok membuka aib. Pandai2 la korang co-parenting anak2 nanti. Daripada kahwin, tapi alep asyik mencurang aja.
Quote akuHavocczz 3-4-2024 11:09 PM
Macam mana definisi curang tu pada bella? Adakh pergi makan sudah kira curang, atau bersenggama, atau macam mana. Sebab 11 kali tu macam kau nampak terus on pulak
Quote Bergosip 3-4-2024 11:10 PM
curang 11 kali. terang lagi bersuluh yang aliff tak sayang dan tak hormat pon dekat bella


bella bella, patut curang kali ke-2 tu dah kena pergi makhamah dan tuntut cerai. kali pertama curang boleh lah maafkan. kali ke-2 curang, chow je

Quote tom2 3-4-2024 11:14 PM
Tak faham, curang dengan adik? So adik sendiri pon betray dia ke ape? Sian la jugak, bestfriend betray, adik betray, kalau ikut kata bella  la.
Quote chandrahusin 3-4-2024 11:14 PM
Londeh lagi
Lps ni Alip lak counter
Lps tu Rohani
Lps tu Mak Alip
Lps tu adik Bella
Ulang2 smpai AJM
Quote ChiciLala 3-4-2024 11:18 PM
Kawin jela dgn Muaz tu Bella. Better dgn org yg syg kita dr org yg kita syg
Quote moocoww 3-4-2024 11:20 PM
Dengan adik ipar pun jadi.. musibat punya Alip
Quote Nizleen86 3-4-2024 11:34 PM
Edited by Nizleen86 at 3-4-2024 11:36 PM

Oh patut la iols ada terbaca komen kat porum ke kat tiktok psl mana adik bella yg sorg lagi dah lama takde dlm ig. Ada problem ke sampai adik dia tu tak nampak byg lgsg. So now dah terjwb. Cringe ye dgn abg ipar yg dah menutuh kakak ko pun ko selera lagi. Mmg patut dibuang keluarga adik musibat mcm tu. Laki dah mmg asal2 tak guna, bila drh daging sendiri yg betray ko mcm tu lagi tak terkata pedihnya. Btw maksud dia dibuang keluarga tu mcm mana? Makpak si bella dah tak terima bella ke cmne?
Quote winky1 3-4-2024 11:38 PM
Tak payah lah nak tanya definisi curang kat Bella. Kalau dlm kepala otak Alip tu dah asyik nak curang kira curang je lah ....tak perlu execute pun dah kira curang...what kind of addiction is this.
Quote naina 3-4-2024 11:48 PM
Sekarang yang aku tak faham Bella
11 kali curang ntahla mudahnyaaa lah
Tak tau sama ada Bella yang mudah jatuhkan hukum curang atau memang Aliff yang betol pencuranggg. Cuma kali ni aku rasa memang betol cerainyaa
Quote izat123 4-4-2024 12:06 AM
Nizleen86 replied at 3-4-2024 11:34 PM
Oh patut la iols ada terbaca komen kat porum ke kat tiktok psl mana adik bella yg sorg lagi dah lama ...

Family dia yang buang adik dia kot. Orang kata lama dah tak nampak adik dia dalam gambar family pun. Orang lah kata aku pun baru tahu ada sorang lagi adik dia ingat Didi tu je haha

Lihat semua komen(322)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.057064 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top