Isteri kepada Shuk Sahar, Fara Salleh menafikan dakwaan bahawa dia merupakan individu yang menularkan cerita mendakwa Rossa Sera merupakan ‘penyondol’ suami orang. Fara menegaskan dia tiada kena mengena dengan pendedahan tentang bekas isteri suaminya itu malah berkata ada pihak yang menghantar mesej kepadanya bercerita tentang isu tersebut. Menerusi Instagram, Fara ada memuat naik tangkap layar perbualannya bersama seorang wanita yang mendakwa suaminya curang dan menjalinkan hubungan bersama Sera. "Ada orang DM saya tentang ini. Jadi akaun palsu itu bukan saya. Sebenarnya ramai dah tahu." Bagaimanapun, Fara kemudian bertindak memadam semula hantaran di Instagram story tersebut hanya selepas beberapa minit ia dimuat naik. Difahamkan, wanita yang mendakwa suaminya telah ‘disondol’ oleh Rossa telah ke mahkamah untuk memfailkan penceraian dan perkara itu didedahkan oleh seorang individu menerusi aplikasi X. Terdahulu, pelawak itu mengesahkan telah mendirikan rumah tangga bersama Fara pada November tahun lalu dan pada bulan yang sama juga Sera mengumumkan sudah bertunang namun merahsiakan status dan wajah lelaki tersebut. SUMBER : mStar/Beautifulnara |
shida81 replied at 3-4-2024 06:27 PM
Wpun serra tu da jd penyondol tak bermaksud ko suci okey... Cuma serra da downgrade kan diri dia sel ...
ADVERTISEMENT