Pelakon Harris Annuar mengakui dia mengalami tekanan sehingga mengalirkan air ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini. Difahamkan, Harris sedang menjual kuih bangkit buat kali pertama di TikTok di mana terdapat 4 varian pemanis mulut itu ditawarkan kepada pelanggan. Dia juga dilihat mengucapkan terima kasih buat pengikut dan juga peminatnya yang tidak putus-putus membantu dan memberi sokongan terhadap perniagaannya itu. "Kalau saya rasa saya susah ada lagi susah daripada saya. Terima kasih semua yang support saya harini, ada masa ketika kita susah kawan-kawan dan followers yang bantu." "Tapi Allah tak pernah berhenti bantu kita. Tak dapat terucap macam mana bersyukurnya." Tambah pelakon itu, dia menangsi kerana beban menanggung hutang dan perlu menghabiskan kira-kira 400 stok kuih bangkit sebelum hari raya ini.
|
mamajawie: aikkk bukan anak acik ton kaya raya tu ke?anyway x penah minat dia ni macam poyo abadi kalah alip satar
ADVERTISEMENT