CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ringgit Terus Turun Cecah 4.30 Kepada Dolar AS Minggu Depan

14-12-2015 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6032| Komen: 33

Oleh Izzah Abbasy

Kebimbangan terhadap lebihan berterusan minyak dunia mungkin menyebabkan harga komoditi itu meneruskan aliran harga menurun minggu depan, dan ini akan memberi tekanan ke atas ringgit untuk melepasi paras 4.30 sedolar, kata seorang pedagang mata wang.

"Harga minyak mentah yang rendah, serta kenaikan kadar faedah US yang semakin hampir, akan mengembalikan ringgit ke paras lemah melepasi 4.30 sedolar US minggu depan,"




Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan US bagi memuktamadkan kenaikan, dijadual berlangsung pada 15-16 Dis dan ringgit dijangkakan mengalami dagangan berhati-hati minggu depan dengan dolar dijangkakan mengukuh berikutan kenaikan kadar faedah itu.

"Walaupun kenaikan itu sudah pun diambil kira, pelabur seolah-oleh merasa selamat memegang dolar berdasarkan isyarat Rizab Persekutuan US yang berkemungkinan menaikkan (kadar faedah) secara agresif, selepas mesyuarat minggu depan," kata seorang peniaga lain.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit susut 685 berbanding dolar US kepada 4.2900/2950 berbanding 4.2215/2265 Jumaat sebelumnya.


Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0484/0543 berbanding 3.0197/0254 Jumaat lepas, rendah berbanding yen kepada 3.5199/5251 berbanding 3.4369/4421 minggu lepas dan rendah berbanding pound British kepada 6.5049/5142 daripada 6.3762/3858 sebelumnya.

Ia juga rendah berbanding euro kepada 4.7048/7112 daripada 4.5879/4951 sebelumnya. - CARI Infonet


23

Bagus
20

Marah
27

Terkejut
25

Sedih
24

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kudajantan77 14-12-2015 08:46 AM
GST baik utk rakyat...RM jatuh baik utk negara...phuiiiikkkkk....rakyat Malaysia bahagia kena kencing...
Quote Acong 14-12-2015 09:03 AM
takat RM4.30 saja.....  

HEBAT LAGI CHE DET  

pd 7 Jan 1998, 1USD sama dgn RM4.725

masa tu berapa ramai rakyat malaya mati kebuluran?  

1998 tu sekoq ayam pun baru RM6-8  
Quote kentel 14-12-2015 09:42 AM
Acong replied at 14-12-2015 09:03 AM
takat RM4.30 saja.....  

HEBAT LAGI CHE DET  

so acom sokong najib ke che det?
Quote huJanBaTu 14-12-2015 09:53 AM
najib for malaysian la chuollss
Quote bluehedgehog 14-12-2015 10:13 AM
ad aq kesah
kita org felda x pyh gi luar negeri
Quote bluehedgehog 14-12-2015 10:14 AM
dulu rm2.6b
skg naik jadi rm3b
tahniah
Quote -electrifying- 14-12-2015 10:14 AM
Bguslah lebih ramai lagi pelancong luar masuk ke malaysia sbb nilai ringgit jatuh
Quote oni313 14-12-2015 10:17 AM
-electrifying- replied at 14-12-2015 10:14 AM
Bguslah lebih ramai lagi pelancong luar masuk ke malaysia sbb nilai ringgit jatuh

seronok tengok pelancong2 beli brg macam2 kat malaysia pasal duit kita dah murah,
tapi kita yg org malaysia ni nak beli makanan pun sometime pikir 2-3 kali

Quote Acong 14-12-2015 10:37 AM
kentel replied at 14-12-2015 09:42 AM
so acom sokong najib ke che det?

jom pakat MAKI najib sambil minum kopi starbucks  

pastu terangguk2 puji che det yg sign konsesi berat sebelah sehingga melingkupkan negara   
Quote -electrifying- 14-12-2015 12:33 PM
oni313 replied at 14-12-2015 10:17 AM
seronok tengok pelancong2 beli brg macam2 kat malaysia pasal duit kita dah murah,
tapi kita y ...

La ni klau skali je pkir xnak, xnak lah, dah tau tahap kemampuan kita skrg
Quote MeetJoeFly 14-12-2015 03:57 PM
Tpksa jgakla tukar duit sblum next week kalu gini. Perabihkan bogheh ajo bersangka baik :zz
Quote kivio 14-12-2015 07:15 PM
Terrboyek laaah..
Quote kemaruk 14-12-2015 07:34 PM
lawak ke ape?? bukan sekarang dah 4.32 ke??
Quote InVendeTTa 14-12-2015 07:37 PM
Bukan few months back dah cecah 4.3 ke?aku ingat 4.3 ni kira mcm the new high
Quote saladin780 14-12-2015 07:40 PM
baru google jap td..1 USD = RM 4.36
Quote cherub 14-12-2015 07:51 PM
Bukan 4.5 is the next barrier ka? Kalau 4.3 kira dah baguih la.
Quote faraway1 15-12-2015 01:47 AM
wow.. tak sia sia ku buat saving us dollar...
balik malaysia best nanti
Quote jacxk84 15-12-2015 11:48 AM
kalau sain tppa mesti ringgit kembali mantap....bagi pemikiran aku yg tahap darjah 5 ni.. semua ni macam nak menjerat malaysia supaya menandatangani TPPA... huhu sori ler pendapat je pun
Quote LabuLabi69 15-12-2015 11:51 AM
xlama lagi jadi indonesia no 2 ... haihh payah lah nk melancong mcm ni ...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.196441 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top