CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Red Jual Biskut Raya, Raih RM78,000 Sehari

3-4-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11376| Komen: 81


Ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red didakwa memperoleh pendapatan RM78,000 sehari hasil jualan biskut Red Velvet baru-baru ini.

Berdasarkan TikTok Shop, biskut itu yang dijual pada harga RM35 sebalang telah terjual melebihi 2,000 balang.

Menerusi perkongsian video oleh Soping, Datuk Red yang menjual menerusi platform live TikTok turut mendapat lebih daripada 15,000 tontonan.

Beliau yang sebelum ini kelihatan janggal untuk menjual di platform berkenaan kini sudah semakin petah apabila bijak mempromosikan barang jualanya selain rajin melayan dan menjawab setiap soalan daripada pengguna media sosial.

“Alhadulillah kali kedua live jual kuih raya baru nampak datuk expert dan selesa, first time nampak blur lagi,” komen Garlic.

Sebelum ini, isteri Datuk Red yang juga penyanyi terkenal, Adira tampil memberikan sokongan terhadap suaminya sekali pun nekad bercerai dengan lelaki itu.


Pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, itu tidak lokek membantu mempromosikan biskut jualan Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red dalam Instagramnya yang mempunyai 1.8 juta pengikut.

Sebelum ini, lelaki yang mempunyai 11 anak daripada tiga perkahwinan itu mendedahkan sudah lima tahun ditanggung dua isteri kerana muflis sehingga sukar mendapat pekerjaan.

Datuk Red kemudian membuat video dalam aplikasi TikTok sebagai usaha terakhir mencari pekerjaan untuk menyara keluarga dan melangsaikan hutang. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mimo.mimo 2-4-2024 10:59 PM
Edited by Mimo.mimo at 2-4-2024 11:02 PM

Untung ler ramai2 support.
Quote eizarz 2-4-2024 11:01 PM
kat malaysia ni memang ramai org bodo…
Quote I.K.A888990 2-4-2024 11:07 PM
siapa je la yg support redflag ni
tgk pun adoiii
Quote nolya 2-4-2024 11:33 PM
Alhamdulillah, satu berita yg baik, Sekurang2nya untuk diri DR  bangkit drp terpurukan nasib. Biar pun dgn berjalan kueh raya, itu hanyalah pembukaan jalan bgi dia mencari rezeki dn nafkah untuk diri dn keluarga. Semoga ada peluang lain lgi Allah tunjukkn jln, asal saja DR sedar akan khilafnya.    Netizen boleh menganggap kesusahan yg Dr hadapi kini sbg kifarah bgi dia namun itulah juga satu iktibar, teladn dn sempadan bgi kita yg lainya. Jgn sesekali menipu dn makan duit orang, tak akan selamat akhirnya. Hari ini kita menipu dn menzalimi orang, akan ada harinya kita akan tertipu dgn ulah kita sendiri.
Quote anony-mous 2-4-2024 11:38 PM
eizarz replied at 2-4-2024 11:01 PM
kat malaysia ni memang ramai org bodo…

Tq for this comment!!! Bencinya aku org mcm ni plak ramai yg suka. Lps tu jgn marah kenapa wujud org mcm ebit lew!!!!!
Quote heythere123 2-4-2024 11:53 PM
netizen malaysia memang takde otak ke

patut la scammer senang membiak, enabler ramai kekdahnye
Quote LadyCarefree 3-4-2024 01:15 AM
eizarz replied at 2-4-2024 10:01 PM
kat malaysia ni memang ramai org bodo…

Kan? Biskut entah timbang kilo dari mana.
Quote LadyCarefree 3-4-2024 01:17 AM
heythere123 replied at 2-4-2024 10:53 PM
netizen malaysia memang takde otak ke

patut la scammer senang membiak, enabler ramai kekdahnye

Just sbb dia mengaku salah, minta maaf dan nak bangun semula ramai puji2 dia dan sapot.

Makcik iols gigih buat kuih sendiri pakai bahan2 terbaik cantik dan sedap kuih2 raya dia tapi dah berpuluh tahun niaga pun tak pernah dpt 78K satu musim raya pun.
Quote hokeypokey 3-4-2024 01:53 AM
patut ler ramai terkejar nk kawen ngan retis.. senang popular senang jual barang.. untung la..
Quote AWEKSAMURAI 3-4-2024 01:53 AM
Bagus lh boleh lh byar duit org yg dia scam tu sesikit
Quote pocongkiutss 3-4-2024 02:37 AM
AWEKSAMURAI replied at 3-4-2024 01:53 AM
Bagus lh boleh lh byar duit org yg dia scam tu sesikit

Masalahnya

Dia bayor ke???

Silap2 tambah bini lagi..adei
Quote DeLuna85 3-4-2024 04:06 AM
Bayarlah hutang. Jangan sampai di bawak mati hutang tu.
Quote winky1 3-4-2024 04:07 AM
Semoga cepat bayar hutang . Buatlah plan yg structured utk kembali kan duit orang. Ajal tak tahu dan jgn harapkan orang halalkan. Hutang jgn dibuat ringan tersangkut disana nanti. Biarlah org kenang masa hayat scam tapi berusaha bayar.
Quote Sonneblume 3-4-2024 05:10 AM
Senang je digula-gulakan scammer ni. Bodoh siapa yg support
Quote heythere123 3-4-2024 05:15 AM
pocongkiutss replied at 3-4-2024 02:37 AM
Masalahnya

Dia bayor ke???

ya, tak rasa pon dia nak bayar dekat mangsa2.
Quote heythere123 3-4-2024 05:17 AM
kenapa netizen boleh husnuzon dia nak bayar? dia siap tak ngaku pon dia scammer, what makes u think he will actually return the money to the victims?

dia viral sebab dah miskin, sebelum miskin ni heols takde bayar pon mangsa2. Apatah lagi bila dah miskin, lambert lagi nak bayar
Quote heythere123 3-4-2024 05:18 AM
Sonneblume replied at 3-4-2024 05:10 AM
Senang je digula-gulakan scammer ni. Bodoh siapa yg support

ya, walaupun bulan pose tak baik carut tapi meols nak aminkan
Quote miss_strangers 3-4-2024 05:42 AM
Senggama la pasni khuen
Quote makeupthetoilet 3-4-2024 05:51 AM
AWEKSAMURAI replied at 3-4-2024 01:53 AM
Bagus lh boleh lh byar duit org yg dia scam tu sesikit

Bayar dulu baru sembang..

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.046773 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top