CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Najis Berdarah Ketika Buang Air Besar, Jaafar Onn Dimasukkan Ke Zon Kritikal

3-4-2024 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9115| Komen: 97

Description: Selebriti versatil, Jaafar Onn dikejarkan ke Hospital Serdang pada tengah malam tadi dan dimasukkan ke zon kritikal di wad kecemasan di hospital berkenaan, selepas mengalami pendarahan ketika membuang ...


Selebriti versatil, Jaafar Onn dikejarkan ke Hospital Serdang pada tengah malam tadi dan dimasukkan ke zon kritikal di wad kecemasan di hospital berkenaan, selepas mengalami pendarahan ketika membuang air besar.

Anak angkat Jaafar, 72, yang dikenali sebagai Hanif ketika dihubungi berkata, bapa angkatnya yang dipanggil papa itu mengalami bacaan tekanan darah dan haemoglobin rendah ketika melakukan pemeriksaan di sebuah klinik.

“Papa kesan ada darah ketika buang air besar malam tadi dan meminta untuk cuma dibawa ke klinik. Dia tidak mahu ke hospital. Namun, doktor di klinik menyarankan supaya papa terus dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut.

“Sampai di Hospital Serdang, doktor membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati tekanan darah dan bacaan haemoglobin papa sangat rendah. Papa terpaksa dimasukkan di zon kritikal di wad kecemasan.

“Alhamdulillah, keadaan papa sekarang stabil selepas doktor memasukkan darah dan telah pun ditempatkan di wad biasa,” katanya kepada Kosmo! Online.


Katanya lagi, keadaan pelakon sitkom Cili Padi itu juga tidak begitu membimbangkan, dan boleh berbual walaupun dalam keadaan lemah.

“Ramai rakan-rakan papa datang menziarahinya hari ini. Papa okey, boleh berbual cuma agak lemah. Papa sekarang perlu berpuasa kerana doktor akan melakukan prosedur endoskopi sama ada hari ini atau esok, untuk melihat keadaan usus dan perutnya,” kata Hanif.

Jelasnya lagi, ini merupakan kejadian kali ketiga Jaafar yang juga merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara, penari dan cef itu mengalami masalah buang air besar berdarah, sejak julai tahun lalu.

“Sebab itu doktor mahu lakukan prosedur endoskopi untuk melihat keadaan usus dan perutnya, kerana sudah beberapa kali papa mengalami masalah buang air besar berdarah,” jelasnya.

Terdahulu, tahap kesihatan Jaafar atau nama sebenarnya Jaafar on Awang semakin merosot selepas mengalami masalah bengkak pada kaki, sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mimo.mimo 2-4-2024 11:11 PM
Semoga baik2 aja buat beliau.
Quote dua_chzy 2-4-2024 11:25 PM
Semoga diberi kesembuhan.
Quote dua_chzy 2-4-2024 11:26 PM
Ni gambar lama. Latest picture, tok Jakpa dah kurus kering.
Quote Manjahati 3-4-2024 12:09 AM
Moga Allah permudah utk beliau.irl beliau sgt baik. Sopan je
Quote I.K.A888990 3-4-2024 12:11 AM
semoga dipermudahkan ya uncle
Quote sharlenetexas 3-4-2024 12:35 AM
Ada masalah usus ke? Semoga cepat sembuh. Kalau haemoglobin rendah mmg berak berdarah ke?
Rindu nk tgk baju Melayu bunga matahari uncle Jaafar.

Quote rayna_raynes 3-4-2024 01:03 AM
sharlenetexas replied at 3-4-2024 12:35 AM
Ada masalah usus ke? Semoga cepat sembuh. Kalau haemoglobin rendah mmg berak berdarah ke?
Rindu nk  ...

kalau hemoglobin rendah & berak berdarah, kemungkinan ada pendarahan dalam perut/usus. Hemoglobin rendah sebab ada pendarahan

Quote lalasahaja 3-4-2024 01:12 AM
semoga cepat sembuh...

takut cancer je..
Quote amarakasih 3-4-2024 01:48 AM
Macam symptom colon cancer Mudahan tidaklah
Quote hokeypokey 3-4-2024 01:51 AM
semoga cepat sembuh tokpa..
Quote Sekaisilver 3-4-2024 02:36 AM
Semoga kembali sembuh
Quote cmf_premierleag 3-4-2024 05:59 AM
Semoga lekas sembuh papa jaafar
Suka tgk lakonan jaafar yg kelakar2 sume tu
Teringat dlm film Rock, Jaafar jd manager recording studio..lawak betul dialog2 dia dlm tu
Quote nw111 3-4-2024 06:55 AM
Buasir???
Hopefully bukan cancer
Quote Minami2013 3-4-2024 07:10 AM
Moga dikurniakan Allah kesembuhan utk JO.
Quote Shahman86 3-4-2024 07:16 AM
Kkdg aku tak faham dgn org yg minta doa org berusia ni kalau sakit cepat sembuh..kalau aku la aku lg minta org2 berusia mcm dia ni lagi cepat pergi..dah takde apa lagi dah nk dikejarkan didunia ni..
Quote dua_chzy 3-4-2024 07:28 AM
Shahman86 replied at 2-4-2024 11:16 PM
Kkdg aku tak faham dgn org yg minta doa org berusia ni kalau sakit cepat sembuh..kalau aku la aku lg ...


Ko hidup di dunia ni semata nak kejar hal duniawi ka? Kalau ko mati takda ka keluarga ka kawan2 ko yang sedih untuk ko?
Quote kepompong 3-4-2024 07:29 AM
72 still young . tak la tua sgt
Quote Kurex 3-4-2024 07:34 AM
baru2 ni iols tertengok wawancara dekat youtube. kurus dah sheols.. jgn nanti azwan ali padankan muka sheols bila tau sakit ni
Quote emera 3-4-2024 07:45 AM
Macam tanda2 masalah usus.

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.257586 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top