Pendedahan pelakon Datin Lisa Surihani tentang dirinya yang sudah berjaya khatam al-Quran lebih daripada lima kali meraih perhatian warganet di media sosial. Menerusi satu temu bual, Lisa berkongsi aktivitinya pada bukan Ramadan di mana dia selalu melakukan tadarus al-Quran hampir setiap hari. Namun, tahun ini dia mungkin tidak dapat aktif bertadarus seperti biasa memandangkan Lisa sibuk kerana terlibat dengan beberapa urusan kerja. "Sejujurnya, saya tak pasti, Saya rasa dah more than five (khatam). Kebiasaannya saya buat tadarus setiap hari. Tapi tahun ni juga saya akan sibuk di lokasi untuk shooting so saya takut tak boleh commit everyday. Tambahnya, disebabkan kesibukan itu dia mungkin akan ubah sedikit pendekatan tersebut iaitu lebih kepada mendalami makna dan membuat kajian tentang surah yang dibacanya." "Saya ingat nak baca setiap muka surat dan baca tafsir dia dan buku tadabbur dia. Slow and steady la, so mungkin dalams atu bulan tu tak adalah habis dalam satu mushaf."
|
adiksha replied at 29-3-2024 12:26 PM
dia gini je la ek..
org yang bukan keje opis hour
tak uruskan rumah tangga sendiri
jambatannetizen replied at 29-3-2024 12:30 PM
Betul.. pernah tengok orang complain kenapa tak pergi surau.. masing2 ada commitments masing2. Mak ...
jambatannetizen replied at 29-3-2024 12:30 PM
Betul.. pernah tengok orang complain kenapa tak pergi surau.. masing2 ada commitments masing2. Mak ...
ekselen replied at 29-3-2024 12:38 PM
betul la chuols ckp tu...tp aku x suka org bekap artis lebih2 konon terpaling bagai disebaliknya h ...
Cyempaka replied at 29-3-2024 02:08 PM
kau taitai xpayah keje memang la boleh 5,6 kali khatam pun. tapi xde la aku rasa dia riak atau poyo. ...
ADVERTISEMENT