CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Terkejut Pelanggan Beritahu Ada Paku Dalam Lemang

29-3-2024 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15955| Komen: 38

Description: Seorang peniaga lemang terkejut apabila pelanggannya memberitahu lemang yang baru sahaja dibeli mengandungi paku di dalamnya.


Seorang peniaga lemang terkejut apabila pelanggannya memberitahu lemang yang baru sahaja dibeli mengandungi paku di dalamnya.

Menerusi perkongsian video peniaga tersebut di laman TikTok @ummu.saifullah, kira-kira segenggam paku besi yang berukuran lebih kurang 50 milimeter (mm) itu ditemui berada di dalam buluh lemang tersebut serta ada beberapa yang telah termasuk ke dalam isi lemang.

Bagaimanapun, peniaga terbabit juga hairan dengan penemuan paku-paku besi itu kerana menurutnya, sebelum mula mengisi beras ke dalam buluh, dia akan memastikan buluh dalam keadaan bersih dan hanya dia yang menyediakannya ketika itu.

“Dah sampai dekat pelanggan tetiba kurang lebih 10 minit dia call. Kenapa ada paku dalam lemang.? Aku pun macam ehh paku? Mana mai paku, sebab aku yang basuh buluh, yang potong buluh, yang buat A – Z. Memang tiada paku.

“Nasib baik pelanggan baru potong, belum masuk mulut. Dia perasan pun lepas dia nak potong bahagian bawah lemang,” ujarnya di ruangan kapsyen.


Peniaga tersebut bersyukur kerana pelanggan tersebut segera memberitahunya dan dia telah menggantikan lemang yang baru untuknya kerana kebetulan memang ada memasak lebih untuk hari itu.

“Kebetulan memang aku masak extra lemang, ganti yang baru buka depan mata pelanggan. Lagipun saya masak memang tujuh batang je. Memang qc ( periksa kualiti) siap-siap,” ujarnya.

Sementara itu, teka-teki tentang siapa pelaku kepada kejadian pelik ini akhirnya terjawab apabila peniaga tersebut sendiri mengakui bahawa dia menggunakan buluh tambahan milik anaknya dan mungkin ia telah digunakan sebagai tempat penyimpanan paku.

“Saya dah habis buluh, pergi ambik buluh spare. Rupanya dia buat main. Nasib memang masak extra untuk makan sendiri. Jadi ganti terus lemang customer,” ujar peniaga tersebut yang membalas komen seorang pengguna.

Setakat ini video perkongsian tersebut telah mendapat 370,700 tontonan, 5356 tanda suka, dan 826 perkongsian. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 29-3-2024 12:02 PM
Kot ye pun ambik buluh drp anak x kan x cek dulu apa ada dlm buluh tu
Quote pengecatbintang 29-3-2024 12:08 PM
ini ko kata...

sebelum mula mengisi beras ke dalam buluh, dia akan memastikan buluh dalam keadaan bersih

so, ko kata akan pastikan buluh tu bersih..

ni lah pangai ambik mudah
Quote apech 29-3-2024 12:12 PM
sundri kata basuh sblm masak, sundiri kata anak main buluh buh paku...amma statement
Quote Yoonggi 29-3-2024 12:38 PM
bahaya betul. klu yg x aware, dah mkn masuk mulut, x ke naya je
Quote Dovahkiin 29-3-2024 12:44 PM
Statement yg sungguh contradict. Kata jaga qc dr A smp Z. Masa amik buluh anak isi beras pulut, takde qc ke?
Quote prettyuglybabe 29-3-2024 01:55 PM
apakah demi content?
Quote kakikuDibibirmu 29-3-2024 02:23 PM
Terkejut tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Quote antikorok 29-3-2024 02:42 PM
Baru ingat nak tudoh kerja syirik mistik maknosia berhati puaka vusok namampos dengki dengan perniagaan org lain
Quote kakikuDibibirmu 29-3-2024 02:44 PM
Mengaku lemang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
Quote Firenzza 29-3-2024 02:48 PM
Kalau la anak dia kencing dlm buluh tu....sure kastemer x komplen sbb xde bukti
Quote kakikuDibibirmu 29-3-2024 02:49 PM
Kancing gigi tetanus tersenyum sinis
Quote Belibis 29-3-2024 05:03 PM
prettyuglybabe: apakah demi content?
prettyuglybabe: apakah demi content?

Itu ler yang hakikatnya..sangat mustahil paku boleh terletak elok gitu.
Quote JunkMail 29-3-2024 05:26 PM
Kalau aku jadi customer tu dapat lemang ganti pun aku tak hingin nak makan
Quote renko 29-3-2024 05:32 PM
belit betul statement
Quote Skuau 29-3-2024 07:52 PM
JunkMail replied at 29-3-2024 05:26 PM
Kalau aku jadi customer tu dapat lemang ganti pun aku tak hingin nak makan

sedekah kt rohingya la...
Quote beatgirlX 29-3-2024 08:42 PM
Firenzza replied at 29-3-2024 02:48 PM
Kalau la anak dia kencing dlm buluh tu....sure kastemer x komplen sbb xde bukti

Masakkkkkkkkk.....
Quote Mary_jane 30-3-2024 12:07 AM
Memula kata dah check betul2, alih2 eh ambil buluh anak rupanya. Apo?
Quote imransulaiman 30-3-2024 03:11 AM
Aku ada beberapa persoalan...tapi tak tahu nak mula dari mana.......
Quote midori888 30-3-2024 07:23 AM
Statement berbelit....

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.112546 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top