Penyanyi Adira Suhaimi masih memberi semangat dan dorongan kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red itu meskipun sudah diumumkan muflis sejak 2019. Walaupun dilanda masalah keluarga dan di ambang perceraian, penyanyi ini masih ingin memberi sokongan kepada Datuk Red selagi suaminya itu masih ingin berusaha untuk mencari penyelesaian dan rezeki. "Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha. Saya akan sentiasa sokong. "Saya cuba bantu apa yang boleh antaranya adalah bagi dia semangat." Dalam masa yang sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut meminta orang ramai untuk memberi semangat pada Datuk Red dan tidak mengecam atau menghakimi suaminya itu lagi-lagi di masa susah sekarang ini. "Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulillah. Jangan bagi dia down lagi, harap semua orang bagi dia semangat.
|
Mimo.mimo replied at 27-3-2024 04:56 PM
Hati adira ni lembut sebenarnya. Harap tak uturn lah. Kang sampai ke sudah tanggung bewak.
ADVERTISEMENT