MESKI kecewa bekas suaminya, pelakon Hafidz Roshdi tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menyelesaikan isu tuntutan hadanah hari ini, Nurul Shuhada menarik nafas lega apabila permohonan bagi kes penambahan pihak sebagai responden kedua bagi tuntutan interim hadanah dan induk hadanah diluluskan. Menurut pemilik nama penuh Nurul Shuhada Mat Shukri itu, dia bersyukur permohonannya untuk meletakkan nama ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai penjaga bagi dua anaknya iaitu Humairah dan Umar diterima pihak mahkamah. "Alhamdulillah permohonan diterima. Saya cuma nak hak untuk anak-anak. Kalau boleh nak mereka gembira dan hidup mudah. “Kes ini sudah berlarutan sangat panjang, hampir setahun lebih turun naik mahkamah. Kalau boleh, saya harapkan kerjasama daripada pihaknya (hafiz) untuk hadir. Hendak bicara pun memang dia perlu hadir,” katanya kepada Kosmo! Online.
Tambah Shuhada, dia berharap Hafidz dapat menghadiri sebutan kes pada Mei depan bagi menyelesaikan kemelut berhubung tuntutan hak penjagaan anak yang difailkan bekas suaminya itu tahun lalu. “Saya dari jauh (Perlis) boleh datang ke sini, dia yang tinggal berhampiran pula tidak hadir. Kenapa? "Berilah kerjasama sebab dia yang failkan tuntutan ini. Janganlah usaha ini sekerat jalan sahaja,” katanya lagi. Sementara itu, Peguam Syarie Nurfarhana Abd Manaf mewakili Shuhada selaku defendan memberitahu, sebutan baharu kes itu ditetapkan pada 28 Mei depan. Hari ini mahkamah sudah benarkan dan luluskan untuk tambah nama ibu Shuhada sebagai penjaga dua anaknya bagi interim hadanah dan induk hadanah,” ujarnya. Terdahulu, pada 31 Oktober tahun lalu Shuhada memfailkan permohonan kepada pihak mahkamah untuk meletakkan ibunya sebagai pihak tambahan dalam tuntutan hak penjagaan anak. Untuk rekod, Hafidz atau dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai lalu. Sumber – HIBGLAM |
Manusiabesa: Tehtapi. Harus lah rntai leher ...
Manusiabesa replied at 26-3-2024 09:46 PM
Tehtapi. Harus lah rntai leher letak leklok kt luar inner beb. Dgn terpaling braces nya... dengan po ...
HappyGumbira replied at 26-3-2024 10:55 PM
Apis...cepat settle cepat ttp buku. Pastu ko boleh fokus nak rawat emosi ke nak layan mental ke. Lag ...
syamzana replied at 27-3-2024 09:43 AM
yarabbi noksss...dek kerna komen forumer iols skroll 2/3 kali pic, mula bc komen psl rantai skrol ba ...
syamzana replied at 27-3-2024 09:43 AM
yarabbi noksss...dek kerna komen forumer iols skroll 2/3 kali pic, mula bc komen psl rantai skrol ba ...
ADVERTISEMENT