"JANGAN fitnah anak saya, dia tak tahu apa-apa.” Itu respons pelakon Zarina Zainuddin apabila anak istimewanya, Azil dikatakan memukul bekas pembantu rumahnya sehingga wanita asal Indonesia itu bertindak melarikan diri baru-baru ini. Zarina, 53, berkata, Azil atau nama penuhnya Muhammad Razil Azrai Abu Raihan hanya akan mencederakan diri sendiri dan tidak akan memukul orang lain seperti diperkatakan warga Indonesia yang dikenali sebagai Rahayu. “Azil anak istimewa (austisme), dia hanya pukul diri sendiri dan tak akan mencederakan orang lain. Paling lebih pun hanya genggam tangan sahaja. Jangan fitnah anak saya begini, dia tidak tahu apa-apa. Kalau mengamuk pun dia pukul muka sendiri bukan muka orang lain. “Kalau kau nak hidup bebas di luar, jangan buat cerita bukan-bukan wahai pencuri,” katanya dalam Instagram.
Dalam pada itu, Zarina turut mendedahkan beberapa barangan perhiasan miliknya turut hilang dan mendakwa wanita tersebut mencurinya. “Patutlah rantai labuh dan gelang itu sudah lama aku cari tetapi tiada sebab kau kebas. "Orang luar yang tidak tahu jangan sedap mulut cakap saya putar belit cerita. Saya kerja setengah mati cari wang untuk bayar pembantu rumah tetapi anda semua boleh pula sokong dia. “Tiada otak ke? Ingat aku senang ke cari duit? Macam-macam benda saya hadap,” katanya lagi. Tambahnya, itu bukan kali pertama dia melalui pengalaman ditipu pembantu rumah. Paling mengecewakan apabila pembantu rumahnya lari dengan meninggalkan anaknya seorang diri. "Dia lari tinggalkan anak saya semasa saya pergi kerja di luar kawasan. saya pergi cari duit nak bayar gaji dia. “Anda semua memang tiada hati perut pada bulan puasa. Orang yang tak tahu cerita sudah bercakap bukan-bukan. Tidak mengapalah, Allah SWT ada,” ujarnya. Terdahulu, Zarina menerusi hantaran dalam Instagram mendedahkan pembantu rumah warga Indonesia telah melarikan diri dan mencuri barang emas miliknya selepas mendapat gaji. Zarina turut mendakwa Rahayu melarikan diri kerana mengikut teman lelaki dan mahu hidup bebas. Susulan tuduhan tersebut, Rahayu pula mendedahkan dia melarikan diri dari rumah aktres itu disebabkan tidak tahan dipukul Azil dan turut mempunyai bukti. Rahayu menafikan dakwaan dirinya mencuri barangan milik Zarina selain mempersoal mengapa aktres itu tidak membuat sebarang laporan polis sehingga hari ini. Sumber – HIBGLAM |
noor2 replied at 26-3-2024 09:56 PM
Kalau dah setengah mati cari duit apa point ko ambil laki org jd bini no.2 laki kaya ...
slyfynx replied at 27-3-2024 12:11 AM
Bukan ade ke sblm ni die up video anak die pukul die?
Ke aku salah ingat
yipun_78 replied at 26-3-2024 11:31 PM
Bkn sblm Ni dia rajin juga post video part anak Bila Naik tantrum pukul2 dia ke?
hunters replied at 26-3-2024 10:02 PM
laki kaya dgn bantuan bini 1st..baik bini no 1 jga periuk nasi sndri...
noor2: Kalau dah setengah mati cari duit apa point ko ambil laki org jd bini no.2 laki kaya ...
jalfa replied at 26-3-2024 09:28 PM
Report polis acik biar indon tu kena tangkap..ke ko bayar indon yg kosong?
ADVERTISEMENT