Usahawan terkenal dan pelakon Wawa Zainal menekankan dia sama sekali tidak menumpang kontroversi madu kepada anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania. Ketika ditemui OhBulan!, Wawa berkata perjanjian untuk mengambil Misya Mazlan sebagai wajah koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves sudah lama dibuat. Kata Wawa, 32, tujuan utama dia memilih Misya hanya ingin membantu, bukan mahu mengambil kesempatan terhadap isu yang masih hangat diperkatakan di media sosial. "Sebenarnya ia kebetulan.. kami sudah buat perjanjian dengan Misya sudah lama. Kami tidak menggunakan dia sebagai pemasaran. Tidak sama sekali!" "Dalam masa yang sama, kami memang nak bantu dia juga.. yang sebelah sana sudah banyak tawaran kerja." Wawa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa yang diadakan di Doplohtiga Space, pada Selasa. Wawa turut melancarkan dua produk basic skincare iaitu Cleansing Oil dan Moisturizer. Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin menyatakan dia menginginkan Misya lebih menonjol supaya lebih banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa akan datang. "Kami nak dia lebih menonjol juga supaya lebih banyak tawaran selepas ini." Sementara itu, suami kepada Wawa iaitu Aeril Zafrel turut menjawab soalan ‘mengambil orang yang teraniaya’ dalam produk mereka. "Untuk lakukan promosi setiap bulan memang akan ada artis dan pempengaruh yang bantu." "Tapi kami tengok pempengaruh yang sedang jadi perhatian juga waktu sekarang ini. Kami pun tak menggunakan kes dia untuk menaikkan barang kami." "Mengambil orang teraniaya, kami tak tahu dia dianiaya atau tidak. Mana tahu dia pun bahagia saja." Terdahulu, Wawa Zainal memilih isteri pertama Aslam sebagai wajah untuk koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan. Sumber : OhBulan |
likilu replied at 20-3-2024 11:15 PM
Mak pak dia bg ilmu agama sampai ke mesir
DeLuna85 replied at 20-3-2024 11:35 PM
Tak cantik pun misha ni. Betul ka aslam bawak grab?
ninajaybee replied at 21-3-2024 01:43 AM
Memang xcantik pun. Dpt jobs semua sbb kena sondol.
DeLuna85 replied at 20-3-2024 11:35 PM
Tak cantik pun misha ni. Betul ka aslam bawak grab?
Mimo.mimo replied at 22-3-2024 01:23 AM
Muka dia biasaaa je kan. Huhu
dua_chzy replied at 20-3-2024 06:55 PM
Dah rejeki Aslam. Jantan lain mesti jeles nengok. Har.
ADVERTISEMENT