Umum mengetahui perbalahan yang terjadi antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya iaitu Nuhidayah Hamzah sering menjadi tumpuan di media sosial. Ali juga sering dihujani dengan kritikan namun kehadiran isteri, Melati Fitri menjadikannya tabah untuk mengharungi segala ujian. Menerusi podcast Sembang Kopiah Terbang, Pencetus Ummah (PU) Amin selaku hos mengajukan soalan kepada Ali tentang bagaimana pelawak itu menangani kontroversi tersebut setelah kematian ibunya. "Ketika diuji kemudian mak Ali pula pergi bertemu Ilahi. Jadi macam mana Ali berdepan dengan suasana yang mak dah tak ada tapi kecaman berterusan?" Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, isterinya merupakan insan yang sentiasa ada ketika dia diuji dengan kesusahan. Dia juga mengagumi wanita itu yang setia mempertahankannya walau dalam apa juga keadaan.
"Isteri saya." "Masa saya tengah jual dalam siaran langsung, ada satu soalan ni dia cakap, ‘macam mana isteri kau boleh tahan?’" "Isteri saya duduk tepi kamera tu dan dia jawab satu je, ‘sebab saya nampak yang jadi dan saya tahu apa yang jadi.’ "Saya pandang dia..ini orang kuat aku dekat sebelah. Orang yang nampak kejadian itu, jadi semangat saya tu datang bila anak-anak juga sentiasa ada dengan saya." Dalam pada itu, pelawak berusia 35 tahun tersebut turut berkongsi nasihat seorang ustaz yang berpesan kepadanya untuk sentiasa menjaga solat. "Lagi satu, ustaz pesan pada saya tiang agama jangan tinggal. Kita jahil, kalau boleh solat jangan tinggal dan sentiasa doa. Bila nak buat lagi, mengucap cepat-cepat." Terdahulu, Ali berjaya melangsaikan tuntutan saman oleh Hidayah yang bernilai RM75,000 selepas bertungkus lumus berniaga, menjual trofi-trofi kemenangan, motosikal serta kereta miliknya. Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu. Sumber: TikTok Sembang Kopiah Terbang/OhBulan |
ADVERTISEMENT