CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Aliff Aziz Sudah 'Unfollow' Instagram Bella Astillah

18-3-2024 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19382| Komen: 146



Ibu penyanyi Aliff Aziz, iaitu Siti Hafiza Basharahil didakwa sudah tidak mengikuti atau 'unfollow' menantunya, Bella Astillah di Instagram (IG).

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan Harian Metro, akaun IG Bella Astillah masih mengikuti akaun ibu mentuanya, @fizaaziz.

Dalam pada itu, hantaran dimuat naik Hafiza berbunyi 'Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku' mendapat pelbagai reaksi netizen.

Di ruangan komen, seorang pengguna menyarankan agar Hafiza berhenti menyebelahi anaknya.

Dalam masa sama, ramai juga yang memberikan kata-kata semangat dan doa buat Hafiza sekeluarga.

Terdahulu, dunia hiburan gempar dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.

Namun, mereka dibebaskan dengan jaminan sekitar jam 2 petang hari sama dan mereka bakal didakwa dengan kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.


Berikutan itu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff namun sebutan ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Khamis lalu, Aliff dan Ruhainies tampil menjelaskan kejadian sebenar mereka ditangkap. Mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. 

Sumber - HM Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manamana123 18-3-2024 04:49 PM
ajaklah bincang langsung tak payah buat drama kat social media
Quote chilly 18-3-2024 05:12 PM
Dia nak validation orang walaupon dia up post kata jangan cari validation orang. Penin acik ni.
Quote Fly_over 18-3-2024 05:15 PM
mcm menantu tu pulak yg kena tangkap basah ek.. toxic toxic toxic
Quote pocongkiutss 18-3-2024 05:15 PM
Benci betul mak2 perangai camni
Quote Zuzu75 18-3-2024 05:17 PM
Suruh jelah anak makcik dgn si kemut tu. Sesuai sgt. Boleh jadi swinger couple. Kot2 boleh share ayah gula2, xyah susah payah keja
Quote AWEKSAMURAI 18-3-2024 05:18 PM
Mana tau mak dia unfollow bella...entah bella yg unfollow mak mertua dia hahah.. mcm aku..aku x follow n add pun mak mertua aku kat medsoc aku
Quote hazmireen 18-3-2024 05:34 PM
Saya sebenarnya suspect something wrong dgn Bella ni.. takkan laa dia takde silap dlm perkahwinan ni.
Quote deebiz14 18-3-2024 05:39 PM
Acik ni.. nak sayang anak pun berpada2 lah. Ni da sah2 anak ko buat onah, tak yah lah masuk campur sgt. Senyap2 gi sorok one corner la dulu.
Quote miss_jay 18-3-2024 05:41 PM
hazmireen replied at 18-3-2024 05:34 PM
Saya sebenarnya suspect something wrong dgn Bella ni.. takkan laa dia takde silap dlm perkahwinan ni ...

Kalau ada silap kenapa bella yang failkan perceraian, bukan aliff yang ceraikan bella?
Kalau pon memang silap bella, tapi untuk mencurang berkali2 dengan orang yang berbeza2 bukan cara nya.
Quote Straya 18-3-2024 05:44 PM
Waktu first time alif buat hal dengan pipah tu pun,makcik ni back up anak dia kaw2 & perli bella jugak.Tak pikir ke pasal cucu2 & menantu makcik?dapat bapak & laki tak guna mcm alif tu
Quote Incanto 18-3-2024 05:48 PM
apa lagi bella….laki curang, mak mertua tak suka…

Ini kali mesti cerai lah
Quote miss_jay 18-3-2024 05:51 PM
Incanto replied at 18-3-2024 05:48 PM
apa lagi bella….laki curang, mak mertua tak suka…

Ini kali mesti cerai lah

Yang masa cerai kali pertama pon macam tu, bila dah rujuk cewah dorang comolot macam tak pernah jadi apa2. Kalo iols jadi bella memang teringat2 apa MIL buat, xde la nak baik macam sebelum tu
Quote matjerk 18-3-2024 05:52 PM
Wow.. ini betol2 perang ni. Dia repost.
Screenshot_20240318_175035_Instagram.jpg
Quote Suchi 18-3-2024 05:54 PM
miss_jay replied at 18-3-2024 05:41 PM
Kalau ada silap kenapa bella yang failkan perceraian, bukan aliff yang ceraikan bella?
Kalau pon m ...

Mcm baru pestime gaknya aliff tu terlibat ngn kontroversi huhu

Dia tu bukan takat isu skandal ngn pompuan jer
Sebelum kawin lagi dah mcm2 isu, google jela
Kat shooting dulu pun mcm chipsmore
Masa dia masuk GV tu iols cam risau je ok ke dia ni kang tiba2 tak muncul latihan ke tak nyanyi masa hari bertanding ke apa
Tp dengarnya bini dia jaga bebetul dia sepanjang bertanding tu nak pastikan dia beri komitmen ngn pertandingan tu.

Rupanya selama ni semua salah org je je dia jadi gitu.. yela salah org jela kn
Aliff tak salah mak dia pun tak salah, tp bini dia la yg salah tak jaga dia bebetul.
Quote MINNIElove 18-3-2024 05:54 PM
hazmireen replied at 18-3-2024 05:34 PM
Saya sebenarnya suspect something wrong dgn Bella ni.. takkan laa dia takde silap dlm perkahwinan ni ...

kesian jadi perempuan, semua benda salah.. laki curang pun salah bini
Quote Incanto 18-3-2024 05:55 PM
miss_jay replied at 18-3-2024 05:51 PM
Yang masa cerai kali pertama pon macam tu, bila dah rujuk cewah dorang comolot macam tak pernah ja ...

kali ni bella jgn u turn


kalau mcm PS tu aku faham gaklah dia bertahan sbb toksop dgn tin timah sayang dia
Quote Zuzu75 18-3-2024 05:56 PM
hazmireen replied at 18-3-2024 05:34 PM
Saya sebenarnya suspect something wrong dgn Bella ni.. takkan laa dia takde silap dlm perkahwinan ni ...

U pernah kawan dgn junkie or ex-junkie x? Cannot be trust. Mcm tu jugak aliff
Quote miss_jay 18-3-2024 06:03 PM
matjerk replied at 18-3-2024 05:52 PM
Wow.. ini betol2 perang ni. Dia repost.

Harap bella betul2 tekad.
Sebab nampak sebelum kes laki kantoi pon dia dah makan hati lama dan berterusan. Makna nya memang Alif xde cuba pujuk pon.
Yang sebelum2 ni jap sedih jap romantik balik
Quote Hypothetically 18-3-2024 06:14 PM
miss_jay replied at 18-3-2024 05:41 PM
Kalau ada silap kenapa bella yang failkan perceraian, bukan aliff yang ceraikan bella?
Kalau pon m ...

Aiyooo,  dia lelaki kalau bella ada kurang, dia yg patut didik bella jadi yg lebih baik bukan pergi curang berkali2, kalau bella tak dapat dididik mmg teruk sgt perangai kuangjaq pada laki, dia boleh ceraikan, no excuse utk curang, it is a sin, itu maksiat, andaikata dia nak kawin lain pun bukan excuse utk dia curang, kawin lagi satu bukan makna boleh mukakan dgn maksiat, its haram.  Selama ni ada dengar ke bella yg curang, buat hal ,mencuri, mabuk, kena tangkap dgn polis, etc, etc. Baik je dia teman laki nya ke gv, bagi dia moral support. So i dont think she is the real problem, maybe she is not perfect, tapi takde manusia pun yg sempurna waima aliff pun.

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.086303 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top