CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kami Teruskan Demi Cucu..” – Datin Patimah & Datuk Yusof Haslam Masih Teruskan Silaturrahim Bersama Ibu Bapa Puteri Sarah

18-3-2024 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6496| Komen: 15


Ibu kepada pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik sebuah foto di media sosial baru-baru ini melihatkan dirinya dan suami, Datuk Yusof Haslam bersama besan mereka iaitu ibu bapa kepada aktres Puteri Sarah Liyana.

Hantaran yang dikongsikan di akaun Instagram milik Patimah itu telah menarik perhatian orang ramai yang kagum dengan hubungan akrab mereka yang dikekalkan meskipun Syamsul dan Puteri Sarah tidak lagi bersama. Gambar tersebut memaparkan ibu Sarah, Paridah Puteh dan ayahnya, Megat Kamaruddin berada di sebuah restoran untuk berbuka bersama besan mereka.


"Alhamdulillah silaturrahim kami teruskan demi cucu-cucu tercinta bersama besan yang kami hormati."

Dalam pada itu, foto yang menerima likes sebanyak lebih seribu daripada orang ramai itu membuktikan hubungan sebuah keluarga dapat dikekalkan meskipun anak-anak mereka sudah berpisah. Melihat ke ruangan komen, bukan sahaja netizen yang menyatakan rasa gembira, Puteri Sarah juga menyampaikan rasa sayang kepada mereka.

"Love you mama and papa.   Alhamdulillah contoh terbaik. Anak buat salah mak bapak tak sokong pun."

"Menantu yang baik akan terus disayangi. Bukti besan yang baik dan penuh kasih. Semoga dirahmati Allah selalu."  


Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah telah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata namun telah rasmi bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Syamsul juga telah mendirikan rumah tangga kali kedua pada Januari 2023.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 19-3-2024 01:32 AM
Bukan silatirrahim... Tapi yang tepatnya UKHWAH.

Silaturrahim tu hubungan adik-beradik yang lahir dari rahim yang sama. Berdosa diputuskan.

Wallahu'aklam
Quote sangbara2020 19-3-2024 07:55 AM
dhtu ape cer birah..dh kena cerai ke lom....
Quote cap_ayam 19-3-2024 07:57 AM
imransulaiman replied at 19-3-2024 01:32 AM
Bukan silatirrahim... Tapi yang tepatnya UKHWAH.

Silaturrahim tu hubungan adik-beradik yang lahir d ...

Ohh pernah ternampak perkataan silaturrahmi.. itu maksudnya apa ye..
Quote sr10 19-3-2024 08:19 AM
cap_ayam replied at 19-3-2024 07:57 AM
Ohh pernah ternampak perkataan silaturrahmi.. itu maksudnya apa ye..

Silatulrahim tu utk mereka yg Ada hubungan kekeluargaan, Ada pertalian darah. Sebab tu Kalau Kita  X suka seseorang yg bukan Ada talian darah dgn Kita, contohnya kawan yg toxic, X boy or girl, just tinggalkan tak perlu nak teruskan relationship. Tak dak maknanya silatulrahim bagai dgn orang toxic. X berdosa pun.
Quote cik_ingeniare 19-3-2024 08:26 AM
Alhamdulillah.. moga terus berbahagia walaupun si anak dengan menantu tadi dah berpisah..
Quote BoongaKertas 19-3-2024 08:29 AM
rezeki PS utk disygi mertua. alhamdulillah. bukan senang dpt mertua dari syurga cenggini.
Quote marchikobonzo 19-3-2024 09:48 AM
Alhamdulillah, baik betul toksop & tinmah ni..
Quote Suchi 19-3-2024 09:58 AM
Sup gearbox ke dlm mangkuk tu
Emm dah napa nampak makanan plak ni
Quote sayurmayur88 19-3-2024 10:31 AM
mertua terbaik , dahla kaya raya..
Quote twins 19-3-2024 10:38 AM
cuba bayangkan Kazar Saisi laki bini dok semeja ngan Dato & Datin mcm ni...
ngam ke tak ngam ?.....  pd mata aku.. ayah PS ni nampak muka educated dia.... KS bawak Van Jenazah jer lahhhh.......
Quote cm_vungtau 19-3-2024 10:57 AM
Mertua terpaling.
Quote newyork 19-3-2024 11:22 AM
Mertua mcm ni susah cari..untung PS. Tp tak untung tang exlaki pulak..haih mcm2.
Quote epullipan 19-3-2024 11:30 AM
nampak sedap mata memandang...KS ngn Birah jauh betul levelnya..mohon terlungkup
Quote imransulaiman 20-3-2024 01:32 AM
cap_ayam replied at 19-3-2024 07:57 AM
Ohh pernah ternampak perkataan silaturrahmi.. itu maksudnya apa ye..

Silaturrahmi tu slang indon...bukan bahasa arab yang betul tatabahasa


Wallahu'aklam
Quote cap_ayam 20-3-2024 05:53 AM
imransulaiman replied at 20-3-2024 01:32 AM
Silaturrahmi tu slang indon...bukan bahasa arab yang betul tatabahasa



Tq maklumbalasnya..sekarang kaka dah tau kat mana nak guna perkataan ukhwah dan silaturrahim. Thanks again.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.044715 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top