Menerusi TikTok, pelakon jelita Rozita Che Wan berkongsi tentang segelintir selebriti wanita yang memakai tudung hanya kerana tuntutan kerja. Video itu dirakam oleh Rozita Che Wan atau Che Ta untuk berkongsi tentang anak gadisnya, Aaisyah Dhia Rana yang memakai tudung. Ujar Che Ta, Aaisyah memasang niat untuk memakai tudung sepanjang bulan puasa namun pesanannya di ruangan komen mencuri perhatian ramai. "Dia kata bulan puasa nak pakai tudung. Saya kata pakai tudung bukan bulan puasa saja. Bukan seronok seronok pakai sebab jadi model tudung. Tapi tutup aurat ni wajib sama macam solat dan puasa juga." Dalam pada itu, Che Ta turut mendedahkan tentang segelintir selebriti wanita yang tidak ikhlas menutup aurat sebaliknya hanya melakukan perkara tersebut kerana wang ringgit. "Ramai orang perempuan dekat luar sana terutamanya selebriti sanggup sarung tudung cuma sebab dapat bayaran. Jadi model tudung bukan sebab perintah Allah tapi sebab preintah manusia dengan bayaran."
|
ADVERTISEMENT