Tular di media sosial hari ini mengenai video ‘marketing’ produk daripada satu jenama makanan dan minuman kesihatan yang bertindak mengaburkan wajah Ruhainies telah menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya. Dalam hantaran video tersebut, jenama terkenal tersebut ada menjelaskan mengenai rakaman kempen tersebut yang dijalankan pada bulan Disember tahun lalu.
Malah, jenama itu juga menegaskan bahawa pihak mereka tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau terlibat dalam kontroversi. "Penggambaran iklan produk KITSUI ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies." "Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023." "Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini." Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen memuji tindakan jenama berkenaan yang seolah-olah tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang berkelakuan buruk. "Tahniah kerana tidak menyokong penyondols/penyodok dan seangkatan dengannnya." "OMG terbaik Kitsui for blurring like that. Kite kena support Kitsui for stand up towards integrity." Malah, ada yang meminta jenama-jenama produk yang lain yang telah mengambil aktres itu sebagai model untuk melakukan tindakan yang sama. SUMBER : Instagram/Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|