CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Vokalis Wings Dikejarkan Ke Hospital, Rebah Ketika Solat Tarawih

15-3-2024 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9718| Komen: 15


BEKAS vokalis kumpulan Wings, Mel atau Ismail Zainuddin yang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rebah ketika solat tarawih malam tadi sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Berita itu dikongsikan anaknya, Ewal Ismail yang menyatakan bapanya dalam keadaan stabil namun perlu kembali ke hospital bagi menjalani ujian stres senaman bagi memeriksa tahap keupayaan jantung.

“Alhamdulillah, keadaan ayah nampak semakin baik dan sekitar pukul 8 pagi tadi telah dibenarkan keluar wad pemantauan.

Doktor maklumkan tiada apa-apa yang membimbangkan, cuma mungkin dia terlampau letih atau salah makan yang mengakibatkan kurang sihat dan rebah tiba-tiba.

“Malam tadi ayah dibawa ambulans terus ke zon kuning HKL dan diberikan rawatan segera kerana mempunyai sejarah serangan angin ahmar,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

Menurut vokalis kumpulan Kristal itu, sebelum ini bapanya pernah diserang angin ahmar sekitar 10 tahun lalu.


Selepas melalui proses pemulihan serta rawatan konsisten, tahap kesihatan bapanya semakin bagus, bahkan masih boleh memenuhi tawaran persembahan serta mengadakan tazkirah.

“Kalau tengok keadaan ayah beberapa tahun kebelakangan ini memang orang tak sangka dia pernah kena strok, kami sekeluarga pun tengok ayah cergas saja.

Mungkin sebab kuat semangat, ambil ubat ikut jadual serta aktif membuatkan dia dapat kekalkan kesihatan. Cuma agak lama juga dia tidak ke hospital untuk pemeriksaan.

“Harapnya tiada masalah serius pada sesi pemeriksaan susulan dan ujian stres 21 Mac nanti. Beberapa hari lagi dia kena pergi Hospital Putrajaya pula untuk ambil ubat,” ujarnya.

Sebagai anak, pemilik nama lengkap Ikhwan Hafiz Ismail, 31, mengakui terkejut dimaklumkan bapanya rebah di Surau Al-Jannah Pinggiran Bukit Jalil, malam tadi.

“Ketika kejadian ayah pergi ke surau berhampiran rumah ditemani ibu tiri saya. Sebelum itu ayah ada mengadu rasa pening. Saya memang terkejut dapat berita itu.

"Terima kasih kepada semua jemaah yang membantu sampai ayah dibawa ke hospital dan diberi rawatan segera,” katanya.

Difahamkan Mel, 58, yang dilantik sebagai pengerusi surau sejak tujuh tahun lalu rebah ketika sedang rukuk.

Terdahulu, bersama Wings Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing pada 1995 yang memuatkan lagu popular Semalam Yang Hangat dan Lena Diulit Intan.

Penyanyi itu kemudian bergerak solo dan tampil dengan dua album, Mencari Enigma Lagu (1996) serta Sukma ’98 (1998) sebelum mengundurkan diri bagi membolehkannya fokus dengan bidang keagamaan. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tuttt 15-3-2024 02:25 PM
Memang la 11 malam kan. Tp buka pintu 3 jam lepas tu kan
Quote bbasir 15-3-2024 03:04 PM
tuttt replied at 15-3-2024 02:25 PM
Memang la 11 malam kan. Tp buka pintu 3 jam lepas tu kan

salah rumah ni hhahahaha
Quote tuttt 15-3-2024 03:08 PM
bbasir replied at 15-3-2024 03:04 PM
salah rumah ni hhahahaha

Hahahahha alamakkk ampun
Quote sukanyanyi 15-3-2024 06:05 PM
Baru tau ewal anak mel.. memang ada iras
Quote Belibis 15-3-2024 07:15 PM
tuttt: Memang la 11 malam kan. Tp buk ...

Ini betul2 marahhh..sampai sini ko harukk.[em:3:]
Quote ninajaybee 15-3-2024 09:22 PM
Ingatkan Ewal tu yg nak mampos.
Quote Kurex 15-3-2024 09:59 PM
tak silap ewal ni selalu buat show dgn geng2 penyanyi dangdut ketika kecik
Quote Jitu 15-3-2024 10:05 PM
semoga dipermudahkan segala urusan
Quote gigahertz 16-3-2024 06:17 PM
mana satu orangnya? kiri ke kanan ?
Quote Moyangkucing 16-3-2024 06:54 PM
Semoga Mel sembuh sepenuhnya. Iols memang tersanagtlah sukanya lagu Semalam yg hangat.... Penuh kenangan zaman muda mudi dulu....
Quote katak hijau 16-3-2024 07:01 PM
Kurex replied at 15-3-2024 09:59 PM
tak silap ewal ni selalu buat show dgn geng2 penyanyi dangdut ketika kecik

Pnah join af
Quote Ahriman 16-3-2024 08:19 PM
Semoga cepat sembuh.
Quote prince_marhaen 19-3-2024 09:31 AM
Kurex replied at 15-3-2024 09:59 PM
tak silap ewal ni selalu buat show dgn geng2 penyanyi dangdut ketika kecik

haah... mak dia suka hngkut dia ke sana sini, jadi nasi himpit semua event2 media & tourism, sesambil promo anak dia sikit2 suruh nyanyi, pastu suruh blogger amik gambar buat story....heols pun perangai nonok2 jugak, tapi feeling rockstar & player gadis2...geli meols.. muka nonok vibes feeling player... hihihi.. btw, semoga bang mel cepat sihat ye..


Quote vanillaninja 19-3-2024 09:32 AM
Ewal ni vocalist Kristal? Bukan Rody ke? Kekdahnya muka and rambut theyols lebih kurang?
Quote Kurex 19-3-2024 01:17 PM
prince_marhaen replied at 19-3-2024 09:31 AM
haah... mak dia suka hngkut dia ke sana sini, jadi nasi himpit semua event2 media & tourism, sesam ...

adam lambert bapok pun suka rock. amira masdira pun dah macam nonoq sorg ni..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057357 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top