Baru-baru ini, sebuah butik pakaian teruk dikecam kerana didakwa telah mengambil kesempatan ke atas kontroversi Marissa Dania, Aslam dan Umisya Mazlan untuk melariskan produknya. Isu tersebut menjadi tular di platform media sosial dan pemilik butik berkenaan mendapat kecaman hebat malah disifatkan tiada empati gara-gara tergamak menggunakan krisis rumah tangga mereka untuk kepentingannya. Disebabkan itu juga, ramai netizen marah dan berpakat untuk report hantaran video dan akaun TikTok butik berkenaan bagi mengajar jenama tempatan agar tidak ‘menunggang’ kontroversi orang lain. Netizen juga berpendapat tindakan report akaun TikTok tersebut sebagai pengajaran kepada founder butik itu dan jenama yang lain agar tidak mengambil individu bermasalah (dalam kes ini, Marissa dan Aslam) sebagai model mereka. Usaha netizen tidak sia-sia apabila akhirnya akaun TikTok jenama tersebut dilaporkan telah pun dinyahaktif dipercayai kerana report yang dibuat oleh ramai orang. Menerusi X, seorang individu berkongsi tentang hal itu dan ramai warganet yang lain turut sama ‘meraikan’ kemenangan mereka untuk memberi pengajaran kepada founder berkenaan. Bagaimanapun, mereka sudah pun menyedari kemunculan akaun TikTok jenama itu yang baru dan masing-masing sekali lagi berpakat untuk report sekali lagi. Bukan itu sahaja, sesetengah individu mengajak netizen untuk turut report akaun Instagram mereka kerana meskipun video Marissa dan Aslam sudah dipadam namun tiada permohonan maaf dibuat oleh pihak butik. Dalam pada itu, netizen turut menyeru orang ramai untuk memboikot mana-mana jenama tempatan yang suka ‘menunggang’ isu viral atau menggunakan individu bermasalah untuk marketing mereka. SUMBER : Twitter/Beautifulnara |
putri_why replied at 12-3-2024 10:45 AM
Butik leeyana rahman pon ambik marissa jugak , tapi takde pulak org nak boikot….patut boikot je sem ...
putri_why replied at 12-3-2024 10:45 AM
Butik leeyana rahman pon ambik marissa jugak , tapi takde pulak org nak boikot….patut boikot je sem ...
katnissE replied at 12-3-2024 10:55 AM
Bukan isu ambik Marissa ye Cik kak
Ambik dua dua bini then kasi minik no 2 aksi sweet dengan lak ...
prince_marhaen replied at 11-3-2024 01:02 PM
nanti dia buat 50%-70% harga dah mark-up pun mesti ada orang bodoh support jugak...... sebab tu foun ...
ADVERTISEMENT