Selepas beberapa hari namanya menjadi sebutan gara-gara kenyataan dikeluarkan oleh aktor Sharnaaz Ahmad, aktres Amelia Christie akhirnya tampil membuka mulut dan memberi komen tentang hal itu. Menurut Amelia, dia redha dengan apa yang dikatakan oleh bapa kepada Jebat Jayden itu dan akui akan ‘move on’ dengan kehidupan selain mahu memberi fokus terhadap perniagaan. Menerusi satu hantaran di Instagram story, Amelia turut memuat naik petikan ayat yang memberi maksud bahawa dia terima apa yang berlaku ini dan percaya bahawa Allah tahu apa yang terbaik buatnya. Terdahulu, Amelia akui rasa sayangnya terhadap Jebat memang benar-benar ikhlas dan tulus namun menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.
Dalam pada itu, aktres tersebut juga turut luahkan rasa syukur kerana Allah hadirkan orang yang baik-baik dalam hidupnya selain berkata mahu teruskan kehidupan dengan hal yang boleh menggembirakannya "Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar." SUMBER : Instagram/Beautifulnara |
cmf_premierleag replied at 2-3-2024 10:35 AM
Aku ada tgk bideo kt tiktok yg nanas ckp takde sapa bleh marah or jeles sama kaknab sbb kaknab ialah ...
bambimo replied at 2-3-2024 11:24 AM
Kalo Aku jd Nab Aku bangga weh..tp sebenarnya mmg it is undeniable pun nab mmg Ibu yg baik
bambimo replied at 2-3-2024 11:24 AM
Kalo Aku jd Nab Aku bangga weh..tp sebenarnya mmg it is undeniable pun nab mmg Ibu yg baik
ADVERTISEMENT