Pempengaruh media sosial dan pelakon, Norreen Iman mengakui dirinya tidak mahu ambil tahu dengan dakwaan dan kecaman sesetengah pihak yang berkata dirinya telah berhijrah kerana inginkan views di media sosial. Menurut Norreen, penghijrahan dirinya itu bukan dibuat atas dasar ingin mengejar populariti seperti yang disangka oleh segelintir pihak. Sebaliknya, dia menafikan dirinya membuat demikian untuk ‘menunggang’ agama. Bukan itu sahaja, pempengaruh ini juga berkata meskipun ada yang menduduh dia menggunakan agama untuk perkara yang salah, hanya dirinya sahaja yang tahu kebenaran disebalik penghijrahan tersebut. "Daripada awal lagi apa saya buat, baik mahupun buruk, orang tetap akan mengata. "Jadi kalau nak bercakap pasal penghijrahan ini mungkin mereka ada tengok orang-orang lain yang gunakan agama. "Tapi InsyaAllah saya tak, saya tak fikir nak gunakan agama, sebab saya tahu kenapa saya nak berubah."
Pada masa yang sama, Norreen turut meluahkan rasa bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh orang ramai terumatanya suami sendiri. Katanya, suaminya, Razzi Razak turut gembira melihat penampilan baru isterinya itu dan menyokongnya tak kira apa jua. "Suami manalah yang tak suka tengok isteri dia bertutup-litup, dia gembira dan sentiasa sokong saya tak kira saya macam mana sekalipun. "Lagi pula, dia bukan jenis lelaki yang banyak cakap, dia tengok kita atas bawah cantik, dia okay. "Tapi apa-apa pun, saya tahu dia gembira dan saya pun gembira, sama-sama ke arah lebih baik." Sumber : Beautifulnara |
shalalat replied at 2-3-2024 02:43 PM
Pompuan ni sapa? Penyanyi? Pelakon? Penyebok?
doodlediddle replied at 2-3-2024 07:43 AM
Pelakon jugak nokkk. Best dia berlakon dlm Crita rindu awak separuh nyawa dgn ungka.
ADVERTISEMENT