CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS Akan 'Jatuhkan' Bantuan Kemanusiaan Di GAZA - Joe Biden

3-3-2024 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6291| Komen: 27

Description: Washington: Amerika Syarikat (AS) akan menghantar bantuan kemanusiaan melalui udara ke Gaza bersama Jordan dan negara-negara lain, Presiden Joe Biden mengumumkan pada Jumaat, sehari selepas tentera Is ...

Washington: Amerika Syarikat (AS) akan menghantar bantuan kemanusiaan melalui udara ke Gaza bersama Jordan dan negara-negara lain, Presiden Joe Biden mengumumkan pada Jumaat, sehari selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan rakyat Palestin yang menunggu bantuan kemanusiaan.

"Orang yang tidak bersalah terjebak dalam peperangan yang dahsyat, tidak mampu memberi makanan kepada keluarga dan anda melihat sendiri 'kesannya' ketika mereka cuba mendapatkan bantuan.

"Tetapi kita perlu melakukan lebih banyak dan AS akan melakukan (menjatuhkan bantuan) lebih banyak lagi dalam beberapa hari akan datang," Anadolu Agency (AA) memetik Biden sebagai berkata sebelum pertemuannya dengan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni di Rumah Putih.

Biden berkata, AS akan 'menjatuhkan' tambahan makanan dan bekalan.

AS juga akan berusaha untuk membuka jalan lain ke Gaza, termasuk kemungkinan koridor marin untuk menyampaikan sejumlah besar bantuan kemanusiaan.


Di samping memperluaskan penghantaran melalui darat, Biden berkata, akan akan mendesak Israel supaya memudahkan kemasukan lebih banyak trak dan lebih banyak laluan ke Gaza, sambil menambah: "Bantuan yang sampai ke Gaza ketika ini tidak mencukupi.

"Nyawa mereka yang tidak bersalah dan kanak-kanak kini menjadi taruhan," katanya.

Pada Khamis, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk Palestin yang menunggu bantuan kemanusiaan di bulatan Al Nabulsi di Jalan Al Rashid, jalan pantai utama ke barat Bandar Gaza di utara Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 115 rakyat Palestin maut dan 760 cedera.

Tentera Israel berkata siasatan awal mendapati rakyat Palestin menghampiri pusat pemeriksaan tentera yang mengawasi kemasukan trak bantuan ketika tentera melepaskan tembakan amaran dan menembak ke arah kaki warga Palestin yang terus bergerak ke arah tentera.

Sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023, lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,457 lagi cedera akibat kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-3-2024 10:50 AM
Betui ka ni?
Quote honeybee1802 2-3-2024 12:02 PM
Apa kata jatuhkan presideb amerika kt situ..nak ngk isroel keep on bombing idop?
Quote airfilterkotor 2-3-2024 03:24 PM
Kat kawasan menunggu bantuan yg diserang tu, ada Hamas tak?
Kat Tebing Barat ada Hamas tak?

Hamas ada ke, takde ke, memang itu ler modus operandi yahudi hanyut ni... ethnic cleansing.
Quote Decaffeinated 2-3-2024 06:02 PM
airfilterkotor replied at 2-3-2024 03:24 PM
Kat kawasan menunggu bantuan yg diserang tu, ada Hamas tak?
Kat Tebing Barat ada Hamas tak?

Kat Tebing Barat aman2 ja dorang boleh hantar team bola ke Asia Cup, boleh buat movie banyak kat Netflix. Yang dapat Oscar nomination pun ada.

Quote Minami2013 2-3-2024 07:08 PM
airfilterkotor replied at 2-3-2024 07:24 AM
Kat kawasan menunggu bantuan yg diserang tu, ada Hamas tak?
Kat Tebing Barat ada Hamas tak?


Ramai yg buta kat west bank tu campur yahudi, palestin dok sekali. Mmg la tak boleh bom situ. Kat situ ramai orthodox yahudi. Tapi suka hati je israel laknatullah tangkap palestinian masuk penjara. Gile boleh kata aman

https://www.hrw.org/news/2023/11/29/why-does-israel-have-so-many-palestinians-detention-and-available-swap
Quote airfilterkotor 2-3-2024 07:35 PM
Decaffeinated replied at 2-3-2024 06:02 PM
Kat Tebing Barat aman2 ja dorang boleh hantar team bola ke Asia Cup, boleh buat movie banyak kat N ...

Hamas takde kat West Bank... tetap jua 507 termasuk 81 kanak-kanak West Bank terkorban.




Quote airfilterkotor 2-3-2024 07:35 PM
Minami2013 replied at 2-3-2024 07:08 PM
Ramai yg buta kat west bank tu campur yahudi, palestin dok sekali. Mmg la tak boleh bom situ. Kat  ...

Tak bom tapi depa bunuh palestinian sana (West bank)... termasuk kanak-kanak.
Alasan yahudi bunuh palestinian (Gaza) katanya nak eradicate Hamas.
West Bank takde Hamas.
Quote kitaserupaaa 2-3-2024 07:53 PM
Adakah amerika tercabar dgn negara2 lain yg air drop bantuan makanan sbb dihalang guna jln darat? Aku baca kat fb bantuan tu sumbangan private, bukan national bodies. Menitis air mata juga la tgk bantuan makanan kene hantar melalui udara
Quote Minami2013 2-3-2024 08:20 PM
airfilterkotor replied at 2-3-2024 11:35 AM
Tak bom tapi depa bunuh palestinian sana (West bank)... termasuk kanak-kanak.
Alasan yahudi bunuh  ...

Betul. Alasan je. Benda dah plan lama nk hapuskan palestin. Aman ape kejadah nya sampaikan kanak2 pun dipenjara kat west bank tu tanpa diadili.

Kalau dasar apartheid tu masih wujud zaman yg konon nya manusia semakin bertamadun. Mmg pelik masih ade org kata negara tu aman. Yang di diskriminasi pulak rakyat negara asal.
Quote edayildiz 2-3-2024 08:39 PM
jgn joe hntr mkn expired date pulek
Quote sharlenetexas 2-3-2024 10:09 PM
Minami2013 replied at 2-3-2024 08:20 PM
Betul. Alasan je. Benda dah plan lama nk hapuskan palestin. Aman ape kejadah nya sampaikan kanak2  ...

Tebing barat tu bukannya aman sangat pun. Tiba2 askar (pengganas) zionis datang rampas rumah org palestin.

Quote Minami2013 2-3-2024 10:29 PM
sharlenetexas replied at 2-3-2024 02:09 PM
Tebing barat tu bukannya aman sangat pun. Tiba2 askar (pengganas) zionis datang rampas rumah org p ...

Ya betul. Tiba2 kena halau. Dah berlaku berpuluh tahun dulu. Bukan benda baru jadi. Antara punca hamas wujud. Fatah yg konon nya lebih diplomatic pun tak boleh buat ape. Kat west bank tu sbb ada kawasan palestinian, ada kawasan Israeli. Kalo palestinian je confirm sama nasib gaza.

Utk yg tak tahu ni ha i share news:

https://www.washingtonpost.com/investigations/2024/01/09/israel-settler-violence-qusra-west-bank/

Anyway, joe biden wayang je lebih sbb nk election tak lama lagi.  
Quote Decaffeinated 2-3-2024 10:37 PM
airfilterkotor replied at 2-3-2024 07:35 PM
Hamas takde kat West Bank... tetap jua 507 termasuk 81 kanak-kanak West Bank terkorban.

Tak ada Hamas tidak bermakna tiada pockets of resistance. They live in relative peace otherwise mana sempat buat filem kalau siang malam pagi petang berbalas meriam ja. Ini based on apa yang kita nampak dari luar lah. Dah nama timur tengah tu mana ada yang betul2 aman macam malaya ni.

Quote zuriey 3-3-2024 10:22 PM
Hanat punya hamas
Rakyat kelaparan apa ko buat
Igt ada stock makanan 7 tahun yg ko simpaN utk rakyat ko sblm ko nak berperang ni
Bodo2 je rakyat mati
Quote Zazama 4-3-2024 09:27 AM
Yang bercakap mcmni bukan manusia! Sikit masa lagi bila kau dah ada di 'bawah' sana baru kau menyesal tak sudah!
Quote Cassieopeia 4-3-2024 11:01 AM
yela ko jatuhkn bantuan skali ko jatuhkn bom takpun senang sniper idf tembak ramai2 mcm dlu.
Quote Cassieopeia 4-3-2024 11:38 AM
zuriey replied at 3-3-2024 10:22 PM
Hanat punya hamas
Rakyat kelaparan apa ko buat
Igt ada stock makanan 7 tahun yg ko simpaN utk rakyat ...

ada lg yg ingat hamas yg mula perang mcm ko ni.
Quote zuriey 4-3-2024 05:51 PM
Cassieopeia replied at 4-3-2024 11:38 AM
ada lg yg ingat hamas yg mula perang mcm ko ni.

Aku tak peduli siapa mulakan
Skrng ko jawap apa hamas bt utk rakyat dia yg tgh kelaparan tu????
Quote seabreeze 5-3-2024 09:05 AM
Cassieopeia: yela ko jatuhkn bantuan skali ko jatuhkn bom takpun senang sniper idf tembak ramai2 mcm dlu.


Malaysia negara islam pun macam ni kan.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048910 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top