CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wang Tunai Minimum RM1,992 Bukan Syarat Utama Masuk Ke Thailand

6-3-2024 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5916| Komen: 12



BANGKOK –  Sebuah klip video dirakam wanita Indonesia yang mendakwa bahawa percutian bulan madunya ke Thailand musnah selepas suaminya tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana tidak membawa wang tunai minimum adalah tidak benar, lapor portal berita Thaiger semalam.

Dalam video itu, wanita berkenaan mendakwa bahawa semasa perjalanan bulan madu mereka pada Januari lalu, dia melalui pemeriksaan imigresen tetapi suaminya ditahan dan dihantar pulang kerana tidak membawa wang tunai.

Walaupun cuba mengeluarkan wang daripada  Mesin Teler Automatik (ATM) untuk membuktikan status kewangan mereka, suaminya masih dihantar pulang ke Indonesia.

Ia menyebabkan pembatalan perjalanan pasangan itu dan mereka memilih untuk berbulan madu di Jepun.

Namun, seorang  jurucakap Polis Imigresen Thailand mendedahkan semalam bahawa selepas siasatan dilakukan, pihaknya mendapati  wanita itu telah pergi ke Thailand bersendirian melalui Lapangan Terbang Don Mueang dari Jakarta pada 4 Januari lalu.


Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan bukti ada suami yang menemani sekali gus bercanggah dengan dakwaannya.

Dia dibenarkan masuk ke Thailand dan meninggalkan negara itu pada 16 Januari lalu selepas tinggal selama 13 hari.

Siasatan juga mendapati wanita itu kerap melancong ke Thailand dan mengada-adakan cerita itu untuk menjana kandungan untuk perniagaan onlinenya, lapor laman berita KhaoSod. 

Insiden itu terbongkar apabila Kedutaan Indonesia  mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya membawa wang tunai minimum 15,000 baht (RM1,992) untuk mengelak daripada diusir imigresen Thailand.

Menurut Imigresen Thailand,  tumpuan pemeriksaan adalah mengenai rancangan perjalanan dan tempahan penginapan pelawat, manakala wang tunai hanya elemen tambahan memandangkan ramai pelancong kini menggunakan kad kredit dan sistem pembayaran elektronik. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahriman 2-3-2024 12:26 PM
Padan muka.tk lama kene banned drpd masok Telen.ade pernah baca influenza prc dtng telen buat video kabor red light district tk selamat.terus kena banned sepanjang hidup.
Quote sukacactus 2-3-2024 02:26 PM
Konoha ni, jgn sebab ko sorang buat hal, abis kaum kerabat ko susah nak jln ke Thailand plak nnt
Quote sharlenetexas 2-3-2024 02:27 PM
Suami halimunan?


Quote Decaffeinated 2-3-2024 04:13 PM
Aku masih 50/50 antara nak percaya Siam ka indon.

Dua2 ada asas. Walau pun Siam kata dia tak enforce pun wajib ada cash (which aku percaya) tak mustahil juga dengan indon dia insist. If not why kedutaan pun keluarkan amaran?
Quote epullipan 5-3-2024 02:53 PM
huhu iols nanti xde masalah sebab kena kerja kat sana 3 tahun..so x perlu nak pk minimum duit nak bawak
Quote prince_marhaen 6-3-2024 09:10 AM
Confirm yindon bodoh ni membohong, meols baru mggu lepas gi Hadyai naik tren... bawak RM200 je cash, tu pun sebab lupa nk tukar, kat border tukar dapat TB 1512 je, lebih kurang RM150 nilai gitu lah.. buat beli2 jajan2 cucuk2 tepi jalan & bayar tuktuk je.. lain2 pakai je card, QRpay, Alipay / Wechatpay...
Quote Perawankota 6-3-2024 09:17 AM
Betul ke tak, aku kuar nak pi cuti2 negara2 Jiran ni mmg standby cash at least 2k. Standby je, tak bermakna aku nak perabis semua.
Quote adiksha 6-3-2024 09:51 AM
selalu benda gini imigresen pilih random
baik ape jua negara la kebanyakkannye

Quote imransulaiman 6-3-2024 11:11 PM
Aku bawak RM500 je...lepas pun. Ke untuk yindon je? Tapi mustahil.. Entahlah
Quote bintangct 7-3-2024 06:45 AM
boikot la thailand ni sb sokong kuat israel
Quote becir 7-3-2024 01:11 PM
thailand ni wpun tumpuan pelancong tapi certain tempat cam susah sgt nak accept card payment. i guna wise, pegi ke phuket byk je tempat accept  only cash wpun restoren, cam gampang je.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046964 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top