CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shakilla Khoriri Ralat Majlis Diceroboh ‘Orang Luar’, Minta Beri Ruang & Masa – ‘Ada Hati Kecil Yang Perlu Saya Jaga’

26-2-2024 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9129| Komen: 52



Pelakon jelita, Shakilla Khoriri sah bergelar isteri buat kali kedua bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Fariz selepas hampir dua tahun berpisah dengan penyampai radio, Fizi Ali.

Terbaharu, Shakilla tampil mengesahkan perkara tersebut melalui hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Story.



Menerusi hantaran tersebut, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri turut membuat permohonan maaf susulan memilih untuk tidak memaklumkan mengenai majlis pernikahannya itu kepada pengamal media.

Menurut pelakon yang popular dengan drama ‘Bisik-Bisik Gelora’ itu, dia berasa kurang selesa selepas ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan mengenai khabar angin pernikannya kepada pengamal media tanpa meminta izinnya terlebih dahulu.


"Assalamualaikum, kepada semua rakan media yang saya hormati dan cintai."

"Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab panggilan atau memberi apa-apa respon berkenaan pernikahan saya."

"Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar tanpa meminta izin untuk berkongsi dahulu mengenai pernikahan saya dan suami kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung."


Dalam pada itu, Shakilla memaklumkan bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk menguar-uarkan serta menjelaskan mengenai pernikahannya kepada rakan media.

"Saya akan kongsi, saya akan jawab dan saya akan berikan kerjasama tapi minta diberi ruang dan masa pada kami."

"Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami."

"Walaupun dia orang yang paling ‘excited’ dan gembira tapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini kepadanya."

"Dia tetap keutamaan saya dalam apa pun keadaan dan perkara dan merupakan amanah Allah kepada saya."

Di akhir hantarannya itu, Shakilla sekali lagi membuat permohonan maaf dan meminta agar diberikan ruang dan masa untuk menjelaskan perkara ini kepada pihak media.

Terdahulu, tular satu desas-desus yang mengatakan Shakilla bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

Untuk rekod, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun disahkan berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Shakilla Khoriri/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 26-2-2024 02:44 PM
Dipersilakan acik2 F memberi sepatah 2 kata.
Quote sukanyanyi 26-2-2024 02:47 PM
hati kecil sape tu? anak? anak bukan reti baca lagi pun.. ke.. ati ex-wife tersebut?
Quote markonahlah 26-2-2024 02:49 PM
Tak habis2 dgn karangan panjang dia
Quote NazRysha 26-2-2024 02:51 PM
anak koriri ni nmpk elok sbb ayat dia tersusun je
bukan bahasa rempit
Aku doakan si ex faris ni bahgia hidup
dipermudahkan urusan
Angkat tangan dan doa agar orang yang aniaya akan dapat kurma awal
Quote lil_honey 26-2-2024 03:12 PM
buruk nok mekap dia. mcm sundel bolong yang nikah
Quote winky1 26-2-2024 03:25 PM
Oh tak boleh ceroboh....faham.
Quote TerataiMelur02 26-2-2024 03:38 PM
Tak nak d ceroboh jangan jemput orang.
Sanding la situ anak beranak je.

O ya, takde benang pasal majlis sanding nad zainal ke?
Quote alieyrina 26-2-2024 04:03 PM
Jelita pun nampak auto buruk sbb jd pelakor
Quote shahima99 26-2-2024 04:08 PM
pelakon jelita?? huhu..berlakon pun so so je.. bila jd penyondol je org kenal
Quote hasniey 26-2-2024 04:08 PM
Cantik perhiasan emas dia
Quote sleepandream 26-2-2024 04:26 PM
jadi novelis je la... rajin naw buat karangan
Quote kucingitam 26-2-2024 04:46 PM
yela...dia diam2  taknak bagitau orang, dah komer dijemput datang tiber2 pi announce kat org..bengang la dia..aku pun bengang kalo gitu...
Quote pocongkiutss 26-2-2024 05:13 PM
Semoga dapat kurma awal seawal awalnya

Jantan mmg camtu la..masa susah nk suruh isteri terima seadanya..masa dah kaya..layan betina lain pulak
Quote pocongkiutss 26-2-2024 05:21 PM
Ni ailanee yg sama ke

https://irishku.blogspot.com/2010/06/aunty-ailanee-uncle-faizal-selamat.html?m=1
Quote VespaSilbe 26-2-2024 05:22 PM
Nampak sedikit tembam.. ngandung ke tgh bahagia
Quote delia3003 26-2-2024 05:49 PM
Edited by delia3003 at 26-2-2024 05:57 PM

Baju kawen dia tu nampak tak kena dengan body lebar dan rendah, buat lagi nampak lebar dan katik.

Nak jaga hati anak tiri ke? Ada beza ke tau sekarang dengan tau kemudian? Ini lelaki yang sama kena gossip sebelum ni ke? Betul ke ex kepada laki baru ni baru habes edah bulan lepas?

Quote asfaz 26-2-2024 06:25 PM
Edited by asfaz at 26-2-2024 06:28 PM
pocongkiutss replied at 26-2-2024 05:21 PM
Ni ailanee yg sama ke

https://irishku.blogspot.com/2010/06/aunty-ailanee-uncle-faizal-selamat.html? ...


Laki tu macam lain aje
Quote heythere123 26-2-2024 08:59 PM
buruknya baju senteng camtu
Quote AkokKocik 26-2-2024 09:46 PM
Knape org skrg suka pakai braces waktu kawen...buruk na aku tengok...

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060249 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top