CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afifah Nasir Sudah Bertunang, Dilamar Didepan Pesawat

26-2-2024 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25035| Komen: 166

Description: Pelakon Afifah Nasir selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Syed Hariz, pada malam Sabtu.



Pelakon Afifah Nasir selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Syed Hariz, pada malam Sabtu.



Berita gembira itu dikongsikan oleh rakan baiknya yang juga merupakan seorang aktres, Puteri Aishah. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Puteri Aishah menzahirkan rasa syukur di samping tumpang gembira dengan Afifah dan Syed Hariz.

"Tahniah atas petunangan, babe. Sangat gembira untuk awak. Akhirnya dia (Afifah) menjumpai kebahagiaan selama-lamanya. Alhamdulillah."

Selain Puteri Aishah dan suami, Muhammad Firdaus Sulaiman, turut hadir adalah Hafreez Adam, Che Puan Syamim Farid dan Shaza Bae.


Dalam pada itu, adik kepada Afifah iaitu Nazirah Nasir juga memuat naik video momen sepanjang majlis pertunangan berlangsung di kediaman mereka.

Sementera itu, pada hari sama, Afifah, 31, berkongsi foto yang memaparkan dia dilamar Syed Hariz berlatar belakangkan pesawat pada Jumaat.

Pemilik nama Nur Afifah Md Nasir dan Syed Hariz dilihat sedondon menggayakan busana berona biru.

Bukan itu saja, adik kepada Anzalna Nasir ini menerima sebentuk cincin jenama Tiffany and Co dan sejambak bunga ros. Berdasarkan kapsyen ditulis, Afifah seakan memberi bayangan akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.


Sebelum ini, Afifah menafikan sudah bertunang seperti yang digembar-gemburkan di media sosial selepas tular gambar Afifah dan Syed Hariz berbusana sedondon.

Pelakon drama Bisik Bisik Gelora menjelaskan situasi itu ketika majlis akikah anak saudaranya.

Sumber: Instagram/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgo19 26-2-2024 09:34 AM
Tak penat ke nak acah2 je sepanjang masa? Lamar depan pesawat la.. bawa sekontena kuda kat pantai la.. suap nasi kandar dlm ferrari la.. aku yg tengok pun penat.
Quote Isninselasarabu 26-2-2024 10:05 AM
Biar lah die happy.. bitter sgt acik2 porum ni dh kenapa.. kalau acik2 forum ni kaya pn aku rsse mengepak ngalah dato vida rasanya .hhahaa bitter much
Quote DukunSentet 26-2-2024 10:05 AM
virgo19 replied at 26-2-2024 09:34 AM
Tak penat ke nak acah2 je sepanjang masa? Lamar depan pesawat la.. bawa sekontena kuda kat pantai la ...

Sama jugak..siap ada cameraman amik gambar masa melamar tue.. Acah2 mcm surprise la kan padahal siap tema kaler biru ngan kapal terbang sekali..angel belah sana angel belah sini demi nak tunjuk kat socmed.. Bukan jelez jauh sekali x suka boleh swipe laju2.. Permasalahan kat sini penatnya kita yang nengoknya..kegigihan demi pujian yang meletihkan pada hemah aku lah..
Quote afie_m 26-2-2024 10:09 AM
semoga bahagia..
Quote zuriey 26-2-2024 10:12 AM
Buruk nya baju ko nyah mcm zaman 90an
Quote jihyomelly 26-2-2024 10:12 AM
biarlah asal bahagia..yg penting bukan caras aka penyondol..dua2 single kan?
Quote markonahlah 26-2-2024 10:13 AM
Nanti wedding dress boleh kalahkan kakak dia tak
Quote I.K.A888990 26-2-2024 10:16 AM
tahniah tahniah
Quote lilacomot 26-2-2024 11:01 AM
Tahniah la diknon
Quote cik_ingeniare 26-2-2024 11:08 AM
semoga berbahagia selalu
Quote vanillaninja 26-2-2024 11:13 AM
Anak orka ke Syed Hariz ni. Maknya nampak familiar.
Quote KamikuP 26-2-2024 11:13 AM
mOHON ACIK sYED BYKKAN SQUAT, BONTOT LEper sgt noks.. ekekeke
Quote Nnasda53 26-2-2024 11:16 AM
Moga berjodohan.
Quote chicmushroomkd 26-2-2024 11:20 AM

mohon bahagia hingga ke jinjang pelamin & till jannah.

semoga she kekal on the upper hand against lmk. iols still ingat dia kena label who$& by lmk
Quote BellaThePrinces 26-2-2024 11:34 AM
pipah ni cantik...siap ada double degree....anak2 pak nasir ni semua beauty with brain...menjadik...tapi kenapa pilih jadi artis ehhh???

btw...slmt  btunang..smg dpermudahkann urusan hingga ke jinjang pelamin.
Quote SpyLeman 26-2-2024 11:43 AM
Iols mungkin bias. Tapi iols ok je kalau yg flex mcm ni family yg ada edukesyen. Kalau family maembong tu i mmg x blh blahhh....bimbo much!!
Quote Manusiabesa 26-2-2024 11:48 AM
Celah mana lawa siblings ni ye. Mata aku nengok pipah ni muka level bibik filipin. Kakak2 pun smua muka jenis mamak penang jer.... jalna sklipun aku xnmpk lawa... mcm cicak.

Cuma nk puji rezeki deme smua dpt laki kaya2 dan herlok rupa. Allh bg.. rezki deme.. kita ada rezki kita masing2.. mcm siblings melvin.smua muka mcm sesumpah sekor2 tp smua sauk laki berduit dan herlok. Bila deme retis, laki nk himpit lah kot. Tu je la kot value deme yg lebih dri kita ni.. yaitu retis.... ada fame.

Dan xnafi mmg sibling pipah ada education yg proper. Masing2 gila study, dh bapak pun prof. Genetik tu dh ok aku cuma ckp muka xlawa. D mata aku lah. Mata korang, korang punya hal. Taste kita memasing xsama.
Quote Tukul.Besi 26-2-2024 11:57 AM
Mona Fandey berhak untuk bahagia
Quote Mary_jane 26-2-2024 12:10 PM
Cantek je pipah. Congrats!

Lihat semua komen(166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.339120 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top