CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Marissa, Ini Jawapan Aslam, "No Comment"

26-2-2024 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17005| Komen: 105


Sehingga ke hari ini, dakwaan mengenai anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Thailand masih masih belum terjawab.

Terbaharu, pihak Melodi berjaya mendapatkan isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan di sebuah pusat beli-belah bagi mendapatkan komennya berhubung dakwaan tersebut.

Walau bagaimanapun, Misya tidak mahu mengeluarkan sebarang komen dan meminta pihak media untuk bertanyakan sendiri mengenai kesahihan tersebut daripada Aslam.

Saya tak ada apa-apa nak komen, saya rasa lebih baik kalau tanya tuan badan sendiri.

Dalam pada itu, wartawan Melodi dilihat berjaya menerjah dan menemu bual Aslam berhubung isu tersebut namun, jejaka berkenaan juga memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.

Namun, Aslam meminta agar pihak media memberikannya ruang dan masa untuk menjelaskan perkara tersebut.


"Saya minta mana-mana pihak media untuk berikan saya ruang dan masa untuk saya jelaskan.

"Mengenai dakwaan sudah berkahwin itu saya ‘no’ komen".


Aslam yang berada di dalam sebuah kereta berwarna putih kemudiannya dilihat berlalu pergi meninggalkan pasukan Melodi.

Terdahulu, tularnya satu dakwaan yang mengatakan Aslam dan Marissa sudah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.



Bukan itu sahaja, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan juga mengesahkan mengenai berita perkahwinan tersebut ketika dihubungi OhBulan!.

Sekadar info, Marissa sebelum ini juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

Sumber: TikTok Melodi/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 26-2-2024 09:23 AM
motiffff no comment
Quote dewi_rina 26-2-2024 10:00 AM
Dari jauh nampak telinga je budak ni.. i rasa heols sweet talker
Quote afie_m 26-2-2024 10:05 AM
jawapan yang biasa..
Quote doubleA 26-2-2024 10:14 AM
Tiber selam jadi retis kena kejar hujung2 no comment
Quote nonarona 26-2-2024 10:16 AM
kira betul la tu yeeee
Quote ezacbee 26-2-2024 10:17 AM
dewi_rina replied at 26-2-2024 10:00 AM
Dari jauh nampak telinga je budak ni.. i rasa heols sweet talker

Nabil kata telinga astro..

Quote yylkasy 26-2-2024 10:18 AM
Jambu selam ni. Patut marissah tergila2
Quote Lily_Elizabeth_ 26-2-2024 10:39 AM
Handsome ????
Quote Lily_Elizabeth_ 26-2-2024 10:40 AM
Handsome dia ni. Mulut manis kut kan
Quote Thunderclouds 26-2-2024 10:50 AM
Ni bukan retis la hanat!
Producer melodi dh level reputz cari dah.
Lols
Quote alien88 26-2-2024 10:52 AM
smlm iolls tertgk melodi, kenapa la g kejar misya & aslam tu, diorang bukan retis
g la kejar marrisa or parents dia, nk juga dgr komen diorang
Quote cm_vungtau 26-2-2024 10:59 AM
Hensem jugak budak ni. Dalam gambar tak hensem
Quote jiwakacau06 26-2-2024 11:01 AM
nk ngaku bini sndri pn susah...
tapi gatAl nk poligami
gatal nk skandal...
Quote dewi_rina 26-2-2024 11:06 AM
Kejar marissa lah, takpun kejar acik ebi.. mcm zaman dulu acik ebi kejar oman
Quote Noraniza_Iblis 26-2-2024 11:13 AM
hnsem nyee selammm...
muke jambu bad boi...
Quote Nnasda53 26-2-2024 11:17 AM
Reputz pun bodoh piang depa ni bukan retis la.
Quote KamikuP 26-2-2024 11:20 AM
jadi kami netijenni nak buat apa skrg?
Quote BellaThePrinces 26-2-2024 11:24 AM
dewi_rina replied at 26-2-2024 11:06 AM
Kejar marissa lah, takpun kejar acik ebi.. mcm zaman dulu acik ebi kejar oman

ha...ha...sampai bila2 peristiwa kena terjah kat set tu akan diingati..

"abang ingat saya ni apa???"

"saya takde mak bapak???"

"macam buruk sangat aku ni..."

tapi masa tu memang simpati la kat abby...jahatnya oman..jahatnya mey..

cuma skrng abby dah mcm takde empati plk pada perempuan lain yg jadi mangsa suami cam oman...
dan yg merampas tu anak sendiri plk ...


Quote cik_ingeniare 26-2-2024 11:29 AM
senang jadi lelaki ni kan.. jawapan no comment.. tak iyakan si markisah tu bini betoi ke tidak.. selamanya la berdiri di belakang bini bini

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.063086 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top