"KENA mengalah.” Demikian antara yang dikongsi Umisya Mazlan iaitu madu kepada model, Marissa Dania Hakim mengenai perbezaan sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini. Menurutnya yang mesra disapa sebagai Misya, sambutan hari raya tahun 2024 juga disifatkan mencabar berbanding 2023. "Tahun ini (raya) agak mencabarlah sebab mengalah dan bahagi dua,” katanya ringkas. Jawapan tersebut sekaligus memberi bayangan mengenai status suaminya, Ahmad Aslam yang kini sudah berkahwin dua dan perlu beraya secara bergilir-gilir dengan isteri pertama serta kedua.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan jawapan yang diberikan Misya dan menganggap wanita tersebut sangat kuat menghadapi dugaan hidup. Sebaknya dengar Misya luah tahun ini perlu banyak mengalah sebab berbagi dua. Kuatnya seorang isteri hadapi semua ini. “Sakitnya hati dengar jawapan bahagi dua dan kena mengalah itu. Semoga terus tabah,” kata netizen. Sehingga hari ini, Misya tidak pernah mengeluarkan sebarang pengesahan mengenai dakwaan suaminya sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. Perkara itu bagaimanapun disahkan oleh kakak Misya dikenali sebagai Nadiah. Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa diketahui oleh isteri pertama, Misya yang ketika itu sedang menunaikan umrah. Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa. Misya sebelum ini juga pernah memuat naik perkongsian memberi bayangan hatinya mula berada tenang apabila perlahan-lahan menerima takdir hidup yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Sementara, ibu bapa Marissa yang juga pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan mengenai dakwaan pernikahan tersebut apabila panggilan telefon serta mesej tidak dijawab. Sumber – HIBGLAM
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|