CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasas Daiso Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

20-2-2024 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6927| Komen: 17



TOKYO: Pengasas rangkaian peruncit diskaun Jepun, Daiso Industries, Hirotake Yano, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada usia 80 tahun.

Menurut laporan Bloomberg, Yano meninggal dunia di Hiroshima pada 12 Februari, menurut kenyataan syarikat semalam.

Ahli keluarga mengadakan upacara pengebumian peribadi, dan mendiang akan diperingati dalam perhimpunan dalam masa terdekat, menurut kenyataan itu.

Dikenali sebagai perintis model perniagaan kedai dolar, Yano mempunyai nilai kekayaan bersih kira-kira AS$1.9 bilion (RM9.1 bilion) pada masa kematiannya, menurut Indeks Billionaires Bloomberg.

Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Chuo Tokyo pada 1967, Yano menceburi pelbagai pekerjaan termasuk menguruskan perikanan bapa mentuanya sehingga ia muflis sebelum mula menjaja barangan dari belakang sebuah trak pada 1972.

Itu memberinya idea untuk mengenakan bayaran sama rata 100 yen (RM3.19) untuk semua barangannya bagi menjimatkan masa daripada melampirkan tanda harga.


Beliau memperbadankan Daiso, yang diterjemahkan kepada "mencipta sesuatu yang besar", pada 1977.

Syarikat itu berjaya kerana gaji yang tidak stabil dan ekonomi yang pesat menyebabkan pengguna Jepun mencari barangan yang mendapat nilai lebih baik untuk wang mereka. Model perniagaan juga telah menjadi popular di negara lain.

Daiso memperoleh hasil 589.1 bilion yen (RM18.77 bilion) pada tahun berakhir Februari 2023, mempunyai 4,360 kedai domestik dan 990 lokasi di luar negara menjelang akhir Disember lalu, menurut laman webnya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza_just2c 20-2-2024 04:05 PM
daiso masih mahal..ramai yg lagi berbondong ke eco
Quote Kitty_catz 20-2-2024 04:06 PM
so esok daiso turun rega ke acaner bersempena kematian ponder nyeh?
Quote jejai 20-2-2024 04:29 PM
Macam mana nak bezakan cina tua ngan jepun tua.muka lebih kurang je
Quote supernaturalee 20-2-2024 04:31 PM
daiso ni bnyk jgk yg kualiti


Quote alesandra 20-2-2024 04:37 PM
Dulu2 zaman  daiso 5 hengget ada gak produk diorg made in japan.skrg semedang made in china..dahla naik harga
Quote KiddInc 20-2-2024 04:43 PM
daiso dah x relevan dah klau dia nak market ke mass customer...semua lari eco n diy...yang still beli yg dah biasa dgn product dia...org kita mana pk qualiti.....asal murah beli...x sampai 2 3 bln jahanam nyah....
Quote shamsadis 20-2-2024 04:44 PM
barang jenis pakai buang, elok cari yang murah, kalau mahal2 ni, prefer barang elektronik je...

tapi barang made in China pulak, banyak yang palsu, chemical bahaya...aduhai
Quote krustykrab 20-2-2024 04:47 PM
jejai replied at 20-2-2024 04:29 PM
Macam mana nak bezakan cina tua ngan jepun tua.muka lebih kurang je

Jepun tua bila jumpa ko dia akan tunduk hormat.
Cina tua akan maki cibai lancau
Quote tukul 20-2-2024 06:05 PM
jejai replied at 20-2-2024 04:29 PM
Macam mana nak bezakan cina tua ngan jepun tua.muka lebih kurang je

Leh beza la u features geng depa ni...jepun china korea..mcm mana nak explain tp kita boleh agak dr mana..rupa ala2 sama tp tak serupa
Quote kakikuDibibirmu 20-2-2024 06:07 PM
Nama Orang Jepun Yang Pemarah - KEIJI CACIMAKI

Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

Yang bisu - KEITA TADASORA

Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

Yang suka layan blues - APO NADIKATO

Yang suka belajar - ASHIKO URANKAJI

Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

Yang kene tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

Yang suka bersumpah -SAIFORU BAUKARI

Yang lembab - AYUMI SIPOTBABI
Quote Samerosie 20-2-2024 06:28 PM
Daiso ni penyelamat iols dikala anak2 ada project sekolah. Sebelah office je kat 163 mk. Lunch time gi turun beli sbb dia ada jual felt fabric tu.
Quote Jitu 20-2-2024 09:35 PM
org lg suka pergi eco
Quote sayurmayur88 21-2-2024 07:38 AM
ohh okay noted
Quote Pumpkinhead 21-2-2024 11:13 AM
gitu info nya terima kasih
Quote gideoncross 23-2-2024 05:19 PM
RM5.90
Quote firstlurv 19-3-2024 11:14 AM
makin mahal and byak made in china....kekadang rasa tak berbaloi...unless and benda yang pelik n berguna baru beli
Quote twins 19-3-2024 12:10 PM
iza_just2c replied at 20-2-2024 04:05 PM
daiso masih mahal..ramai yg lagi berbondong ke eco

masa mula datang Malaysia harga kat Daiso flat RM5 jer... tp sekarang dah RM5.60..
memang ada certain barang terasa mahal dgn harga tu...aku skrg ke ECO  atau Nanso 2.40

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.054013 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top